Wings ditipu KRU



Wings Bidas Penjelasan Norman KRU


Sumber oleh HLive!. Foto kredit Sayap-Sayap Wings

Wings baru-baru ini meluahkan rasa kesal tarhadap tindakan Presiden KRU Music, Norman Abdul Halim, dalam menangani isu cetak rompak setelah empat lagu dari album terbaru mereka ‘Menakluk Kosmos’ ‘bocor’ sebelum sempat dilancarkan.

Pada 17 Mei lalu, peminat kumpulan Wings mendakwa sebanyak 4 buah lagu baru idola mereka sudah dijual sedangkan album ‘Menakluk Kosmos’ sepatutnya berada di pasaran pada 22 Mei lalu.

“Kenapa perlu dia muat naik ke Youtube? Saja nak tunjuk kepada orang ke? Kenapa dia tidak terus ambil tindakan sekaligus buktikan yang pihak mereka memang serius menangani masalah cetak rompak”.

“Buat masa ni kami akan tunggu dan lihat. Apakah benar mereka keluh dan lesu ketika ini bila mendengar kisah cetak rompak ni atau mereka di belakang sana ketawa mengilai-ngilai kita tak tahu. So, kita nak tengok adakah mereka bersama-sama dengan kami untuk membanteras benda ini. Kami tidak mahu benda lain, kami hanya mahu hak kami dijaga baik-baik.”

Apabila ditanya, kenapa Wings, sebuah kumpulan rock lagenda yang sudah lebih 28 tahun dalam industri masih memerlukan syarikat rakaman untuk menerbitkan album mereka, Awie menjelaskan ianya adalah satu strategi pemasaran.

“Kita fikirkan satu-satunya syarikat Melayu yang muda dan agresif yang kita rasa boleh bersama untuk memperjuangkan hak Melayu. Dan kami rasa kalau boleh digabungkan kekuatan dan kebijaksanaan masing-masing kita akan lebih kuat sebenarnya.”

“Tapi kalau timbul soal macam bolot, soal suka nak menjatuhkan satu sama lain, maka kita tak boleh bersatu. Perjuangan kami bukan untuk nama dan mengaut keuntungan saja, kami juga memikirkan pejuang pejuang seni masa hadapan. Tapi kalau ada antara kita yang ingin menjatuhkan industri, saya rasa lebih baik kamu angkat kaki jalan.”

Kali terakhir menghasilkan album sekitar 12 tahun lalu, Wings membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada 21 Mei lalu.