Showing posts with label mistik. Show all posts
Showing posts with label mistik. Show all posts

Bomoh Jongkong Emas Dipenjara

Kota Bharu: Seorang pengamal perubatan tradisional wanita dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam selepas didapati bersalah memperdayakan anak saudaranya menyerahkan barang kemas dua tahun lalu.
Majistret Mohd Isa Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Siti Meriam Hamat, 56, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 Ogos 2013.
Sebelum ini, tertuduh dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret Machang terhadap tuduhan memperdayakan mangsa lain.
Mengikut pertuduhan, Siti Meriam didakwa memperdayakan Wan Zulhazira Wan Mustapa, 27, sehingga mendorong mangsa menyerahkan seutas rantai leher emas, sebentuk loket dan sebentuk cincin di hadapan sebuah pasar raya di Kedai Mulong, Jalan Kuala Krai antara jam 4 hingga 5 petang pada Januari 2012.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat.
Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, mangsa berada di rumah tertuduh kerana membawa ibunya mendapatkan rawatan tradisional daripada suami tertuduh.
Tertuduh mengajak mangsa menemaninya ke mesin pengeluaran wang (ATM), namun dalam perjalanan, tertuduh memberitahu mangsa bernasib baik terpilih menjadi ahli Raja Zulkarnain yang didakwa raja orang bunian.
Tertuduh berkata, mangsa boleh mendapat kekayaan dalam bentuk jongkong emas dan wang tunai melalui raja itu dengan syarat mangsa perlu menyerahkan barang kemas miliknya sebagai syarat menjadi ahli terpilih.
Mangsa menyerahkan barang kemas kerana tertuduh berjanji menyerahkan semula barang kemas itu selepas memperoleh jongkong emas.
Bagaimanapun selepas sembilan bulan, mangsa tidak memperoleh semula barang kemas itu.
FotoSITI Meriam dibawa keluar dari Mahkamah Majistret untuk menjalani hukuman.
 

Mistik: surah al-Kahfi hilang muka suratnya | Awan Petir



Gempar di SMK Muazam Shah apabila awal surah al-Kahfi hilang muka suratnya. Ianya disedari pelajar ketika sesi bacaan Al-Quran pada waktu maghrib.

Berkenaan kejadian ini, tahukah anda semakin banyak kejadian surah al-Kahfi hilang dari Al-Quran? Mulalah baca surah al-Kahfi ayat 1-10 & 100-110. Baca tiap-tiap hari, jangan lupa. Dajjal semakin hampir.

Jika anda masih kabur akan kejadian ini, Tonton dahulu sebelum response - sambung Mistik: surah al-Kahfi hilang muka suratnya | Awan Petir 

INFO: Pertabalan perlu direstui jin Islam

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"

surah ad-zariyyat : 56

"Jin itu wujud berdasarkan keterangan dari surah dalam Al-Quran di atas, sapa yang menolaknya maka berdosa besarlah kerana telah menolak satu ayat dari Al-Quran. berita pasal pertabalan jin ni aku tak pasti..sebab aku tak pernah masuk dalam istana sultan perak.. kat chandan puteri tu.. tapi aku teringat balik waktu pertama kali ustaz aku ceritakan pengalaman dia dan 39 rakan lagi untuk baca yassin dan sama-sama menghalau jin yang berada di istana sultan perak..pelbagai larangan dan pantang sekiranya korang pergi ke istana lama tersebut.tak percaya pergi sendiri ye ;D. dan aku nak kongsi ngan korang macam mane proses pertabalan jin ni.. hukum pun aku tak pasti.. maaf sangat.. korang boleh rujuk yang lebih pakar tentang agama...."

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu, dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja.
Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sebelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti oleh Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.

Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.

Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Setelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.

Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Setelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.

Setelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' keatasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda

Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan pertabalan Baginda Direstui. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERAS TANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.

(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkeraajan....)

 Tabal Adat
Istiadat Tabal Adat adalah upacara pertabalan rasmi di mana Raja Pemerintah baru akan ditabal secara rasmi mengikut adat resam yang turun-menurun dan dengan penuh gilang-gemilang. Istiadat ini dilangsungkan di dalam Balairong Seri, Istana Iskandariah dengan keberangkatan hadir wakil-wakil Sultan dan Raja Pemerintah Negeri yang lain dari Semenanjung Malaysia serta Negara Brunei Darussalam. Juga diundang hadir adalah Menteri Besar, orang besar-besar, wakil rakyat dan orang kenamaan. Perkakas-perkakas Kerajaan termasuk senaskah kitab Al-Quran akan dibawa masuk ke dalam Balairong Seri. Pedang Cura Si Manja Kini, iaitu pedang Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, akan dipersembahkan kepada Raja Pemerintah baru. Ketua bentara, Toh Seri Nara Diraja, turut mempersembahkan Mastika Embun serta menyunting Cap Halilintar pada telinga kanan Paduka Seri Sultan baru sambil membisik Ciri yang dikenali sebagai 'Rahsia Nisab Sultan I' kepada Paduka Seri Sultan itu. Selepas itu, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja membaca Perisytiharan Pemasyhuran Pertabalan Paduka Seri Sultan.

Nobat memainkan lagu 'Nobat Tabal'. Susulan daripada itu, Paduka Seri Sultan perkenan memasyhurkan penganugerahan gelaran 'Raja Perempuan' kepada isteri baginda sekiranya berketurunan Raja ataupun gelaran 'Raja Permaisuri' sekiranya berketurunan orang kebanyakan. Bunga pencawa pancara disemat oleh Paduka Seri Sultan pada ulu sebelah kanan isteri baginda. Perisytiharan Pemasyhuran Raja Perempuan juga dibaca oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. Pakaian bagi istiadat ini adalah lengkap dengan bertengkolok. Bintang-bintang dan pingat-pingat kurniaan juga dipakai bersama.

Tabal Pusaka
Istiadat Tabal Pusaka mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Menyantap Nasi Berastakona.

Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada
Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada merupakan adat yang dijalankan sebelum tiang utama Panca Persada daripada kayu khas bernama 'Sungkai' dipasakkan. Pada zaman dahulu, Panca Persada dibangunkan di pertengahan Sungai Perak, akan tetapi sekarang ianya didirikan di pekarangan Istana Iskandariah. Berbentuk empat persegi setinggi 9 atau 11 tingkat, ianya dikisar sekelilingnya dengan tangga. Di kemuncaknya terletaknya tempat bersemayam Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan yang berbumbung. Siling dan tiang dibalut dengan kain kuning. Di sekiling tingkat digantung dengan daun budi dan tingkat kemuncak diulas dengan kain keemasan.

Lazimnya, istiadat ini cuma dihadiri oleh orang besar-besar, pawang-pawang, panglima-panglima dan bentara-bentara sahaja.
Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak
Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak juga merupakan salah satu adat yang unik. Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta yang memuatkan pasukan Nobat Diraja, panglima-panglima, Toh Seri Nara Diraja dan Raja Cik Muda bersama-sama dengan tujuh orang bomoh yang lain, bentara-bentara yang membawa perkakas istiadat, dan enam belas jejawat berlembing dari Istana Iskandariah hingga ke tebing Sungai Perak. Nobat akan dipalukan sepanjang istiadat ini. Di tebing sungai, perkakas istiadat dibawa naik ke atas bot.

Raja Cik Muda, Toh Seri Nara Diraja dan bentara-bentara menaiki bot serta bermula mengambil air dari kuala Sungai Kangsar. Rombongan bergerak ke kuala-kuala sungai lain, iaitu Sungai Chepias, Sungai Sayong, Sungai Hitam, Sungai Chermin, Sungai Bunya dan Sungai Menora, untuk mengambil air serta dimasukkan ke dalam geluk.

Istiadat Tabal Pusaka
Istiadat Tabal Pusaka, yang dahulunya dikenali sebagai Istiadat Tabal Jin, berlangsung di dalam Balairong Seri dan di Panca Persada. Istiadat ini disempurnakan pada waktu malam dan disaksikan oleh kerabat-kerabat diraja rapat, orang besar-besar serta pemimpin-pemimpin negeri. Pakaian majlis ini adlah baju Melayu hitam, bertengkolok hitam dan bersamping kain benang emas tetapi tidak memakai bintang-bintang kurniaan. Istiadat ini bermula di Balairong Seri, dan para undangan dipandu ke tempat duduk di Balairong Seri. Istiadat dimulakan dengan paluan nobat. Antara perkakas kerajaan yang dibawa masuk ke dalam Balairong Seri ialah pedang 'Cura Si Manja Kini', Pontoh Bernaga dan Pontoh Ular Lidi yang dipersembahkan kepada Sultan. Istiadat ini diikuti dengan Istiadat Memulih Perkakas Kerajaan dan Perkakas Nobat, dan selepas itu, Istiadat Bersiram Tabal disempurnakan di atas Panca Persada di pekarangan istana. Apabila Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat tiba di kawasan Panca Persada, Raja Cik Muda akan memulakan Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada sebanyak tujuh kali bersama-sama dengan para bomoh dan bentara yang membawa perkakas merenjis. Baginda Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan menaiki Panca Persada, diiringi oleh Raja Muda dan Raja Di Hilir serta isteri mereka, dan diikuti oleh orang besar-besar serta isteri.

Sebaik sahaja Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan selamat bersemayam di atas kemuncak Panca Persada, Raja Cik Muda memulakan Istiadat Bersiram Tabal. Air siram adalah air daripada tujuh kuala Sungai Perak yang telah dibekaskan pada Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal dua atau tiga hari terlebih dahulu. Selesai sudah istiadat ini, baginda berdua berangkat turun dari Panca Persada berselimut dengan kain benang emas serta dipandu berangkat balik ke istana diringi dengan paluan nobat. Setelah menyalinkan pakaian, Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan berangkat masuk ke dalam Balairong Seri semula, dan bersemayam di atas petarakna singgahsana. Istiadat Merenjis Air Panca Bicara dilangsungkan, dan setelah selesai istiadat itu diikuti pula Istiadat Santapan Nasi Berastakona.

Sumber http://deathnota.blogspot.com/  

Mistik : Apakah itu besi Kersani?


Besi Kersani adalah istilah yang sering digunakan di dalam mantra pendekar silat dan penganut ilmu Melayu. Di dalam bahasa Minangkabau besi kersani disebut sebagai basi karasani. Istilah besi kersani ini juga tertulis di dalam Alkitab di Kitab Yeremia 15:12 versiTerjemahan Lama, yang berbunyi: "Adakah besi yang dapat memecahkan besi dari utara, yaitu besi kersani?". Selain itu istilah ini dicatat juga dalam 2 Samuel 22:35, Ayub 20:24,Mazmur 18:34 (versi Terjemahan Lama). Dalam Terjemahan Baru istilah yang dalam bahasa aslinya "nachushah" ini diterjemahkan menjadi tembaga
batin di kawasan Nusantara (Indonesia dan Malaysia) terutama di dalam budaya
Istilah kuraisani (bahasa Melayu lama untuk kersani) ini juga terdapat di dalam Naskah Melayu tua yang ditemukan di Tanjung Tanah, Kabupaten Kerinci yang berisi tentang undang-undang dari Raja Aditiawarman untuk daerah tersebut [1]

Jika melihat dari bahasanya, besi kersani ( besi kursani, qursani, khurasani , khursani) mungkin berasal dari kata khurasan [2] atau khorasan, suatu kawasan yang meliputi bagian dari Iran, Afganistan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan. Di kawasan ini dahulunya dihasilkan pedang dengan kualitas besi yang sangat bagus dan kuat. Kekuatan besi inilah yang kemudian diibaratkan menjadi kekuatan batin di dalam tubuh oleh pengamal ilmu batin.

Besi kersani di daerah Khurasan ini terkenal karena keras dan kuat, oleh sebab itu di dalam mantera perlu membayangkan bangkitnya kekuatan itu untuk kuat melawan musuh. Di dalam kajian ilmu batin di Minangkabau, besi kersani ini terkandung di dalam tubuh dan perlu dibangkitkan jika ingin menghadapi musuh. Besi kersani ini bangkit ditandai dengan mendenging di telinga. Di masa dahulunya, para pandeka (pendekar) di Minangkabau dan juga di daerah lain di Nusantara umumnya memiliki amalan ini untuk menghadapi musuh.

Kisah besi kersani di dalam tubuh manusia menurut kajian ilmu batin di Minangkabau adalah sebagai berikut:
Pada awalnya manusia (Adam) dibuat dari unsur api, angin (udara), air dan tanah. Unsur api menjadi darah, unsur angin menjadi urat, unsur air menjadi tulang dan tanah menjadi daging. Kemudian unsur tersebut dicampur dan dibentuk sebuah patung dan diberi ruh, maka hiduplah patung tersebut dan memiliki nyawa. Lalu untuk membuat Adam kokoh dan kuat, diambillah sedikit tiang arasy yang bernama basi karasani yang ditancapkan dari ubun-ubun sampai ke tulang ekor. Basi kursani ini menyatu bersama tulang punggung pada manusia. Ketika basi karasani ini ditancapkan kepada manusia, Adam berkeringat dan keringat inilah yang berubah menjadi sekalian jenis besi di muka bumi. Jadi dapat dikatakan bahwa besi yang ada di bumi takluk kepada basi karasani. Besi yang ada di muka bumi bisa menjadi lunak, jika kekuatan basi karasani itu dibangkitkan oleh pengamalnya [3].
Kisah besi kersani mungkin memiliki bermacam versi, tergantung siapa guru dan daerahnya di kawasan Nusantara lainnya.
Sumber : wikipedia
# p/s : dari segi saintifiknya, ilmu besi kersani adalah sekadar psychologi membayangkan diri sama kuat seperti besi kersani iaitu tembaga yang berasal dari Khorasan. Secara mistikal, hanya Allah Maha mengetahui. Jangan sehingga memuja.

Mistik : Batu Petir





Meteorite adalah bahan yang dikenali dan digelar sebagai Batu Petir oleh orang-orang dulu, ini disebabkan, apabila petir atau kilat yang bervoltan tinggi menyambar bumi lalu orang-orang yang menjumpai batu-batu dikawasan tersebut dan mengatakan ianya adalah Batu Petir..Secara "Kebetulan", mereka sebenarnya menjumpai sejenis Meteorite yang berwarna hitam, tetapi, dalam kajian, kebanyakkan batu yang dikatakan sebagai batu petir apabila dipotong, batu tersebut adalah berwarna kehijauan serta pada bahagian luaran batu tersebut memiliki ciri-ciri retak dan berkarat..berkarat adalah akibat kesan cuaca dimana bahan besi didalam batu tersebut terdedah pada air dan haba. Batu Meteorite yang dijumpai tidak memiliki struktur batu yang berbucu tajam bahkan ianya licin dan memiliki kesan seperti lekukan cap jari padanya (Flepspar)..Apabila dipotong (Grain) pada permukaan potongan batu memiliki bahan-bahan yang paling umum dari jenis olivine, Ferum, besi dan berbagai jenis lagi mengikut nama dari kajian saintifik. Petir hanyalah pergeseran haba cuaca dan menghasilkan Voltan kadar tinggi melebihi dari 100,000 KvA. Apabila pergeseran ini terjadi, partikal-partikal halus tidak akan terbentuk menjadi objek yang dikatakan Batu Petir.

Oleh disebabkan pada masa dahulu dan orang-orang sebelumnya yang tiada bersekolah dan berpelajaran, apabila satu-satu kawasan yang dihujani dengan "batu dari langit" serta dentuman kuat yang boleh didengari oleh orang-orang pada masa itu...lalu mereka mengatakan, bahawa ianya adalah bunyi "Guruh serta Petir"...dan apabila mereka melewati kawasan tersebut..ada berbau besi dan batu yang terbakar, lalu mereka mengambilnya dan mengolahkan kandungan besi dari dalam batu tersebut lalu menjadikannya senjata seperti keris dan berbagai lagi.. dan pada zaman purba pula, batu-batu ini diasah lalu menjadikannya sebagai senjata...cuma batu ini pada hari ini, ianya dijadikan sebagai mata cincin dan berbagai lagi disebabkan Kepercayaan Karut serta Tahlul..tetapi, jika ianya dikaji dengan lebih mendalam, sememangnya, batu yang digelar sebagai Batu Petir@Meteorite memiliki tahap "radiasi" yang membolehkannya menjadi Medium Perubatan serta sebagai Pendinding untuk Ketahanan Kulit (Skin Sheild) untuk Manusia. Di barat, para saintis telah menjalankan kajian dan mengatakan bahawa jenis-jenis Batu Meteorite yang paling payah dan dianggap Sebagai Spesis RARE adalah dari jenis Stoney Meteorite dan Stoney Iron Meteorite..yang beruntungnya pula, jenis-jenis tersebut boleh dijumpai dikawasan Equator Katulistiwa dan Tropika...itu dah dalam peta Malaysia la tu...ini disebabkan Tarikkan Graviti dikawasan Equator ada beberapa kawasan yang diklasifikasikan sebagai (Weak Point)..manakala jenis Iron Meteorite kebanyakkannya boleh dijumpai dikawasan yang memiliki (Strongest Point) tarikkan Graviti yang Kuat...tetapi, wahai para sahabat sekaliannya...yang sebenarnya..kat mana nak jatuhnya Al-hadid ni...ianya adalah Urusan Allah belaka..buat apa nak susah-susah..jumpa kalu..kasi canai jadi mata cincin la..nak jadi apa pun, fadilat ka...ajaib ka...Ianya Mutlak milik Allah jua..kan...kan...kannnnnn. 

Luar Negara : Serbuan Restoran Makan Daging Manusia


Abuja – Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia.

Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra.

Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit.

Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui.

“Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini,” kata seorang penduduk tempatan.

Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis.

“Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut,” katanya. -Agensi

# dimanakah kondisi bumi kita? 
1. Jahilliah
2. Aman dan sejahtera.

Apa komen anda

MISTIK : Mengubah Wajah Kerana Masalah Keluarga


Bermula dari masalah rumah tangga yang dialaminya, Maria Jose Cristerna seorang bekas Peguam mengubah penampilannya sehingga ia digelar sebagai "Vampire Woman". Tidak hanya merubah penampilannya, Maria juga beralih kerjaya dari seorang peguam menjadi seniman tato di Guadalajara, Mexico. 


Selain tato, Maria "menanam" plat titanium di tangan dan kepalanya. Tidak ada yang menyangka bahawa dulunya ia adalah seorang peguam. Walau aneh beliau tidak mengalami kesukaran bergaul dan membaur dengan masyarakat 

Ia merajah seluruh tubuhnya, dimana 90% tubuhnya kini telah ditutupi oleh tatu. Ibu dari empat anak ini juga memasang sejumlah tindik, memasang gigi taring palsu serta memasang logam titanium di dalam kulitnya.