Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Nigeria Digantung FIFA






  • Pasukan Nigeria tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan bola sepak antarabangsa selepas Fifa
menggantung NFF. Pasukan Nigeria tidak dibenarkan menyertai mana-mana kejohanan bola sepak antarabangsa selepas Fifa menggantung NFF.
1 / 1
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menggantung Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) daripada terlibat dalam sebarang kejohanan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Kecemasan Fifa selepas mendapati kerajaan negara tersebut mencampuri urusan NFF.

Ia juga merupakan tindakan susulan daripada keputusan Mahkamah Nigeria yang mendapati menteri sukannya telah memecat keanggotaan NFF dan kerajaan negara itu kemudian dilantik sebagai pentadbir tunggal bola sepak, tidak lama selepas pasukan kebangsaan mereka
kembali daripada saingan Piala Dunia di Brazil.

“Mengikut Perkara 13 dan 17 Statut Fifa mendapati sesebuah persatuan bola sepak perlu diuruskan secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga atau kerajaan,” katanya.

Perkembangan terbaru itu menyebabkan pasukan Nigeria tidak akan dapat beraksi dalam mana-mana kejohanan di bawah Fifa.

Pertandingan paling hampir adalah kejohanan Piala Dunia Wanita dijadualkan pada 5 hingga 24 Ogos ini.

Untuk rekod, skuad bola sepak Nigeria pada saingan Piala Dunia di Brazil sekadar menamatkan saingan di peringkat 16 pasukan selepas kalah kepada Perancis, 2-0 dalam perlawanan kalah mati itu. - Sumber Sinar Harian




Caceres Tonggak Uruguay Parah Kemalangan Mabuk Arak






  • Caceres Caceres
1 / 1
TONGGAK Uruguay dan Juventus, Martin Caceres mengalami kecederaan parah apabila terlibat nahas kecelakaan jalan raya di kampung halamannya di Montevideo.

Menurut laporan akhbar Mundo Deportivo, bekas pemain Barcelona itu didakwa miliki kandungan alkohol 2.0 lebih tinggi daripada had yang dibenarkan bagi seseorang yang sedang memandu.

Semasa kejadian, Caceres memandu Porsche SUV berwarna hitam dan melanggar kenderaan lain yang berwarna putih.

Namun, dia dikatakan mengalami luka serius dan bakal kembali terbang ke Itali pada hari Selasa depan.

Perjuangan Caceres bersama Uruguay di Piala Dunia tersekat di babak Pusingan 16 selepas disingkirkan Colombia, Ahad lalu.




Robben Jatuhkan Badan Untuk Dapatkan Penalti Belanda






Foto REAKSI pemain pertahanan Mexico, Rafael Marquez selepas Robben Arjen dijatuhkan dalam kotak penalti minit-minit terakhir perlawanan pusingan kedua. Gambar kecil menunjukkan sentuhan Marquez ke atas Arjen Robben. - Foto AFP
FORTALEZA: Kapten Mexico, Rafael Marquez berkata Arjen Robben mengakui kepadanya Belanda tidak seharusnya diberikan sepakan penalti pada perlawanan pusingan kedua membabitkan kedua-dua pasukan itu, awal pagi tadi.

Jaringan pada minit-minit terakhir permainan - berikutan kesilapan Marquez yang menjatuhkan Robben dalam kotak penalti - memberikan Belanda sepakan penalti, sekali gus menang 2-1 ke atas Mexico dan layak ke suku akhir.
“Ia bukan penalti” kata Robben kepada saya selepas tamat perlawanan itu,” kata Marquez apabila ditemubual oleh kumpulan wartawan sejurus selepas perlawanan.

“Saya juga percaya ia bukan penalti. Saya menyentuh tanah dan tidak sentuh dia, mungkin dia yang menyentuh saya,” tambah Marquez.

Dia berkata, Robben, 30, mempunyai kerjaya cemerlang, tetapi sudah menyalahgunakan semangat permainan.

“Untuk 10 kesalahan yang dia terima, dia sengaja menjatuhkan badan lebih lima kali dan itu permainan yang tidak adil,” kata Marquez.

“Malangnya dalam Piala Dunia ini ia bukan hanya sekali atau dua kali perkara seperti itu sudah menjejaskan kita, tetapi saya tidak mahu membuat alasan,” katanya. - Agensi



Perlawanan Piala Dunia Brazil - Chile Pecah Rekod Twitter






Piala Dunia: Perlawanan Brazil-Chile pecahkan rekod Twitter. ‪#‎OlaBola‬
Sejumlah 16.3 juta tweet dicatatkan ketika perlawanan Piala...
Info: astroawani.com




Tawaran Siaran Sukan Astro PERCUMA






http://goo.gl/dCYnKU

Don’t have a sports channel at home? Sign up for this app to stream all World Cup matches!

Don’t miss out on any World Cup matches! Download the Astro on the Go app and sign up to watch 30 matches for FREE anytime, anywhere. 


http://goo.gl/dCYnKU Visit the web



Moyes Intai Galatasaray Dengan Teropong Ajaib Lepas Ditendang Manchester United






(Ubah saiz teks)
BEKAS pengendali  Manchester United dilapor mengadakan perbincangan dengan kelab Turki, Galatasaray bagi mengisi jawatan sebagai pengurus baharu kelab itu.

Moyes yang menggantikan Sir Alex Ferguson di United dipecat kurang daripada setahun membimbing kelab itu selepas persembahan buruk pasukan.

Pemerhati bola sepak berpendapat lebih baik pengurus dari Scotland itu mencari kerja di luar London selepas menghadapi saat sukar di Old Trafford.

Dalam pada itu, segelintir penyokong Galatasaray tidak mahu Moyes mengendalikan kelab ini.

"Penyokong-penyokong Galatasaray terkejut dan tidak mahu sentuhan Moyes kerana pengurus ini mempunyai rekod menghampakan di Manchester United.

"Mereka berpendapat ini adalah pilihan salah selepas Fatih Terim dan Roberto Mancini.

"Saya percaya Moyes tidak akan berada di sini sehingga penghujung musim kerana penyokong-penyokong Turki dan pengarah bola sepak tidak suka dengan  perancangan jangka panjang".

Posisi tersebut belum ada pengganti selepas Mancini meninggalkan Galatasaray awal bulan ini.




Harimau Malaya Dilatih Dollah Salleh Tanpa Was-Was





Dollah dijulang pemain-pemain PDRM selepas dinobatkan sebagai juara Liga Perdana 2014.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Dollah Salleh dilantik sebagai ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak negara.

Keputusan melantik  bekas pemain antarabangsa ini sebagai jurulatih kebangsaan akan diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM pada Sabtu.

Dollah,51, bersara dari pasukan kebangsaan pada tahun 1998. Beliau kini merupakan ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertanggungjawab membawa pasukan itu ke aksi Liga Super musim depan.

Tahun lalu, beliau membimbing pasukan Pahang sehingga bergelar juara Piala Malaysia.

Pencapaian terbaik sebagai jurulatih adalah pada tahun 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA, dan Piala Malaysia.

Dollah dikenali sebagai jurulatih yang mempunyai sentuhan Midas (emas).

Beliau telah membimbing empat pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke Liga Super.

Sementara itu, badan induk bola sepak tanah air ini telah mula mencari jurulatih kebangsaan sejak Januari lalu berikutan kontrak Datuk K.Rajagobal tidak sambung yang berakhir 31 Disember 2013.

FAM sebelum ini berminat untuk melantik jurulatih Perancis, Philippe Troussier namun perbincangan kedua-dua pihak tidak berjalan lancar.

Manakala jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee yang menjadi jurulatih sementara skuad kebangsaan akan meneruskan persiapan skuad Bawah 23 Tahun menjelang Sukan Asia di Incheon September ini.

Dollah dilantik serta merta bagi menguruskan skuad kebangsaan dalam persiapan mengharungi kempen Piala Suzuki AFF yang dihoskan oleh Singapura dan Vietnam Disember ini.



Suarez Gigit Jurulatih Uruguay Pula Sampai Nangis






JURULATIH Uruguay, Oscar Tabarez meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa teknikal Fifa selepas tidak berpuas hati terhadap keputusan badan bola sepak dunia itu yang menggantung penglibatan Luis Suarez dalam arena bola sepak selama empat bulan.
Dalam sidang media luar biasa di Maracana, Brazil pada Jumaat, Tabarez tampil di hadapan pemberita dengan membaca kenyataan media selama 13 minit.
Dalam kenyataannya, Tabarez berkata Suarez telah menjadi 'kambing hitam' kepada Fifa.
The incident: Suarez connects with Chiellini's shoulder in Uruguay's 1-0 win over Italy


"Telah banyak kali anda lupa bahawa 'kambing hitam' (Suarez) merupakan pemain yang mempunyai hak didalam kes spesifik seperti ini walaupun dia telah melakukan kesilapan dan kesalahan.
"Dia telah memberikan sumbangan yang hebat sebagai seorang pemain bola sepak. Sebagai seorang jurulatih dan profesor, saya mendapat satu teori iaitu 'kambing hitam'.
"Kamu faham apa yang saya maksudkan, ia tentang hukuman yang diberikan kepada satu pelanggaran bukannya jenayah," katanya kecewa.
Pada masa sama, Tabarez turut meluahkan kekecewaannya kerana Fifa tidak memberikan peluang kepada Suarez untuk bersuara atau membela diri.
Dalam aksi Uruguay menentang Itali baru-baru ini, Suarez telah mengigit bahu pertahanan Itali, Giogio Chiellini.
Tindakan itu telah mengundang rasa marah daripada sebahagian besar peminat bola sepak dari seluruh dunia.




Tunku Mahktota Johor Berkenan Mencemar Duli Bujang Senang






DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) berkenan mencemar duli untuk berjumpa dengan para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum mereka berangkat ke Sarawak. Baginda turut memberikan kata-kata semangat dan peransang buat para pemain dan harapan agar mereka pulang membawa kejayaan. Ayuh Johor.
Hidup Johor Demi Johor
‪
Li ·





Ronaldo Kena Maki






German
(AFP Photo / Francisco Leong)

Jaringan pertama menyaksikan sepakan penalti oleh Mueller pada minit ke-11.

Penalti itu diberikan setelah pemain Jerman, Mario Goetze ditarik oleh Joao Pereira dari Portugal.

Pada minit ke-37 pula, Jerman menjaringkan satu lagi gol hasil dari tandukan Mats Hummels menjadikan keputusan 2-0.

ASTRO AWANI