
Menganggap wanita tersebut sebagai 
punca anak-anaknya kini terputus hubungan dengan Aidil, Rita juga tidak 
menolak berasa kecewa dengan bekas suaminya kerana mendakwa Aidil 
langsung tidak pernah menjenguk anak-anaknya selepas berkahwin.
“Orang yang memisahkan anak saya daripada bapa mereka tidak layak pegang anak saya.”
“Semua orang tahu apa yang berlaku sewaktu 
saya masih menjadi isterinya, jadi dia tidak layak untuk bergelar ibu 
kepada anak-anak saya,” katanya ketika ditemui pada Kempen Seindah 
Ramadan dan Anugerah Syawal TV3 dan TV9, di sini semalam.
Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini
 Mokhtar, 38, dia juga difahamkan Zarema sudah menyekat nombornya di dua
 aplikasi telefon Aidil iaitu WeChat dan WhatsApp.
Memandangkan sebelum ini kedua-dua aplikasi 
itu digunakan Rita untuk menghubungi Aidil bagi menyampaikan keadaan 
terkini anak-anak mereka, kini dia dan Aidil tidak lagi dapat berhubung.
“Sebelum ini Aidil yang minta saya memuat 
turun aplikasi WeChat, katanya senang mahu buat panggilan video dengan 
anak-anak. Bila saya sudah memuat turun dia sekat pula, jadi saya tanya 
Aidil dan dia beritahu apa yang berlaku.
Memang saya sedih, sebelum ini dia (Aidil) 
sudah berjanji untuk bertanggungjawab dengan anak-anak. Tetapi tetap 
sama, saya sudah lali dengan janji-janji dia. Memang saya marah setiap 
kali anak saya tanya mana Daddy mereka, sebab saya yang ajar mereka 
mengenali siapa Aidil,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia 
