Lukisan seni grafiti yang menghiasi tembok sepanjang Sungai Klang
pastinya bukan sesuatu yang asing bagi semua orang yang melalui kawasan
itu.Bagaimanapun, masih ada segelintir masyarakat yang menanggap hasil karya pelukis grafiti karya kotor atau mencemarkan pandangan.
Tidak kurang juga yang menanggap lukisan tersebut sebagai gejala vandalisme yang merosakkan imej kawasan yang dilukis.
Antaranya lukisan contengan beberapa kawasan di sekitar Pasar Seni yang dikatakan sarat dengan mesej yang bertentangan dengan budaya Malaysia terutamanya pada bahagian pintu kedai sehingga menimbulkan kemarahan pemilik kedai.
Lebih memburukkan keadaan, gejala vandalisme ini dikatakan mencemarkan imej negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 kepada pelancong asing yang berkunjung ke Kuala Lumpur.
Keadaan itu menyebabkan karya pelukis grafiti dianggap satu karya seni yang terpinggir. - Sumber MALAYSIAKINI