Korban 10 Minit Dengan Sangkar Hidraulik





Kangar: Buat julung kali, empat ekor lembu dikorbankan menggunakan peralatan sangkar sembelihan hidraulik hasil cetusan idea anak tempatan yang disifatkan lebih mudah sempena program ibadah korban di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, di sini, semalam.
Sangkar berkenaan yang melalui proses inovasi disumbangkan oleh Taman Teknologi Malaysia (TPM) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada Mei lalu sebelum digunakan penduduk untuk aktiviti korban yang hanya mengambil masa 10 minit bagi menumbang dan menyembelih setiap ekor lembu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Batu Pahat Hamzan Hashim, 45, yang juga pencipta sangkar berkenaan berkata sebelum ini pihaknya menggunakan sangkar mudah alih untuk membaringkan lembu dan memerlukan tenaga manusia yang ramai sebelum disembelih.

Menurutnya, apabila menggunakan sangkar sembelihan hidraulik bernilai RM20,000 berkenaan, proses sembelihan menjadi lebih mudah dan cepat sekali gus mengurangkan risiko kecederaan sama ada kepada manusia atau ternakan selain dapat mengurangkan tekanan pada haiwan terbabit.
FotoAJK Masjid Ar-Raudhah memasukkan lembu ke dalam sangkar sembelihan yang boleh dibaringkan dengan bantuan alat hidraulik, semalam.

“Sebelum ini, kami mengalami masalah untuk menguruskan program ibadah korban kerana memerlukan masa antara 30 minit hingga satu jam selain memerlukan ramai tenaga kerja hanya untuk membaringkan seekor lembu sebelum disembelih tambahan pula jika lembu itu sukar dikawal.- METRO