CEO
Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Mohammad Shazalli Ramly (dua dari kiri) bersama
Pengarah Urusan Merchantrade Asia Sdn Bhd, Ramasamy Veeran (dua dari kanan)
pada pelancaran "DOOWIT", Isnin.
(Ubah
saiz teks)
KUALA
LUMPUR: Celcom
Axiata Bhd kini memberi peluang kepada pelanggannya untuk memanfaatkan
telefon bimbit mereka bagi tujuan kiriman wang menerusi perkhidmatan dikenali
'Doowit.'
Syarikat
telekomunikasi itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia antara lainnya
membolehkan khidmat kiriman wang secara pantas, selamat dan mudah menggunakan
telefon bimbit dari pelbagai lokasi serta pada bila-bila masa.
Ketua
Pegawai Pemasaran dan Jualannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata,
pelanggan tidak seharusnya ragu-ragu kerana perkhidmatan kewangan itu selamat
digunakan mereka, khususnya pekerja asing yang berdepan kekangan masa dan waktu
kerja yang tidak menentu.
"Menerusi
'Doowit' pelanggan dapat mengelak prosedur kaedah konvensional di kaunter
seperti perlu beratur panjang berjam-jam lamanya.
"Perkhidmatan
baharu ini kini disediakan di 46 premis terpilih Blue Cube di seluruh negara
dan akan turut ditawarkan secara berperingkat-peringkat menerusi saluran Celcom
Xclusive Partners," katanya.
Zalman
berkata, untuk menggunakan perkhidmatan itu, pelanggan perlu mendaftar menerusi
telefon bimbit mereka.
Pengirim
dan penerima wang kiriman itu akan menerima makluman sistem pesanan ringkas
(SMS) sebaik transaksi mereka selesai.
'Doowit'
turut menawarkan kadar tukaran wang serba kompetitif serta caj kiriman wang
yang minimum iaitu serendah RM7.50 dan tertakluk kepada Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST).-- Bernama