Adrea Janda Muda

.
Dalam pada itu, Adrea berkata sepanjang mengharungi perjalanan sebagai artis, anak lelaki kesayangannya, Syafiq, 8, yang menjadi kekuatan buat wanita berusia tahun 36 tahun ini.

Menurut Adrea, semenjak bergelar ibu tunggal kira-kira dua tahun lalu, anak lelakinya itu sentiasa di sisinya. Sekaligus Syafiq menjadi penyuntik semangat untuknya terus menempuh dugaan dan caraban yang datang.

"Dia (Syafiq) lah kekuatan saya untuk saya terus tabah tempuh dugaan hidup. Kalau selepas ini, anada saya berkahwin lagi, bakal suami saya itu juga perlu menerima yang syafiq adakah nombor 1 dalam hidup saya", katanya.

Meskipun begitu, Adrea memberitahu dia tiada niat mahu menyorokkan statusnya sebagai ibu tunggal tetapi cuma tidak mahu cerita peribadinya diuar-uarkan kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

"Bukan nak sorok status... Cuma saya tak mahu kisah peribadi saya dihebahkan. Saya tak mahu aibkan mana-mana pihak. Cukuplah orang tahu saya ni ibu tunggal. Sebagai seorang yang bertindak sebagai ibu juga ayah kepada Syafiq, tipu kalau saya kata yang saya tak sepi. Tapi dengan adanya Syafiq, dia bagai penyeri dan pelengkap hidup saya.

"Kalau saya sibuk dilokasi penggambaran, kakak saya yang tolong saya jagakan Syafiq. Dan bila tamat penggambaran, saya akan luangkan masa bersamanya. Kami akan pergi bercuti. Syafiq suka berenang, jadi kami akan pergi berenang sama-sama. Saya anggap dia macam kawan baik saya. Saya banyak mengajar dan bercakap dengaannya seperti orang dewasa bercakap. Jadi itu yang buat dia cepat matang. Kadang-kadang tu yang lucunya, dia bercakap dengan saya, siap panggil saya dengan gelaran my love, dah macam kekasih pula", katanya.

Dalam perkembangan lain, Adrea bakal muncul dalam drama bersiri Maskara mula 10 April ini di saluran RTM. Drama terbitan KRU Studios itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lisa Surihani, Nasha Aziz dan Anzalna. Selain, dia akan muncul dalam sitkom musim baru Salam Pantai Timur, juga di saluran RTM, tidak lama lagi.