Anugerah Lagu Indie 2023


“PEMBUNUH MALAM” JUARA LAGU TERBAIK
DI PENTAS AKHIR ANUGERAH LAGU INDIE 2023



Spacerubix, 8 Mac 2024 - Acara kemuncak Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah membariskan persembahan mantap daripada 15 finalis yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pop, Rock dan HipHop malam tadi.
Lunar yang membawakan lagu berjudul “Pembunuh Malam”, sebuah lagu ciptaan Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq dalam kategori Pop telah tampil sebagai Juara Lagu Terbaik Anugerah Lagu Indie 2023 serta berjaya merangkul hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 (RM5,000 daripada Anugerah Pop Terbaik dan RM15,000 daripada Anugerah Lagu Terbaik).
Selain daripada Anugerah Lagu Terbaik, anugerah lain yang dipersembahkan adalah persembahan terbaik, dan juga anugerah bagi ketiga-tiga kategori. Dalam Top 5 kategori Pop, “Pembunuh Malam” telah menewaskan empat lagu lain iaitu “Pura”, “Stargazing”, “Luka” dan “Derana” serta merangkul gelaran Anugerah Pop Terbaik.
Dalam Top 5 kategori Rock pula, “Souled Out” tampil sebagai Juara Anugerah Rock Terbaik menewaskan “Jiwa (Takhta Milik Kita)”, “In The Haze”, “Inti Sari” dan “Terra Luna”.
Manakala dalam Top 5 kategori HipHop, “LXF” merangkul Juara Anugerah HipHop Terbaik menewaskan “Ice Cold Castle”, “Candy Mind”, “Gard O Gard” dan “Mimpi Untuk Semalam”.
Anugerah Lagu Terbaik
RM15,000 + Trofi
Pembunuh Malam
Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Lirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Artis: Lunar
Anugerah Persembahan Terbaik
RM5,000 + Trofi
Stargazing
Komposer: Odelia Tirza
Lirik: Odelia Tirza
Artis: Odelia Tirza
Anugerah Rock Terbaik
RM5,000 + Trofi
Souled Out
Komposer: Vota
Lirik: Vota
Artis: Vota
Anugerah Pop Terbaik
RM5,000 + Trofi
Pembunuh Malam
Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Lirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
Artis: Lunar
Anugerah HipHop Terbaik
RM5,000 + Trofi
LXF
Komposer: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & Dj Ruckes
Lirik: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & Dj Ruckes
Artis: LXF
Anugerah Yoodo Presents: Lagu Terpaling Platinum ‘Carta Indie Kita’
RM1,000 + Trofi
Armpunk Sindicate
Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahniah saya ucapkan kepada semua finalis yang telah memberikan persembahan terbaik mereka di Pentas Akhir sebentar tadi. Kesemua 15 persembahan yang dipertontonkan telah berjaya membuktikan bahawa penggiat muzik indie juga lebih daripada mampu untuk menghasilkan lagu yang berkualiti. Sebagai sebuah platform yang dicipta khusus untuk meraikan bakat-bakat indie tempatan yang kreatif, saya berharap agar Anugerah Lagu Indie dapat diteruskan lagi bagi memberi inspirasi kepada penggiat muzik indie untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti serta kompetitif dalam arena muzik.” Katanya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyokong dan menjayakan Anugerah Lagu Indie musim keempat ini, terutamanya seluruh tenaga produksi #ALI2023, Kementerian Belia dan Sukan menerusi Rakan Muda (Rakan Muzik), Rakita 107.9, Honda Motorcycle Malaysia, 1901 Hot Dog dan rakan-rakan media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie iaitu Music Addicts, Relevan, Media Variasi, Selebriti Online, Medialah!, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo,” tambah beliau lagi.
Selain daripada persembahan finalis, penonton juga telah disajikan dengan persembahan ‘Tribute Butterfingers’ oleh Leaism dengan lagunya “Epitome”, “Chemistry”, “Ngilu”, “1000 tahun”, “Mati Hidup Kembali”, dan persembahan penutup oleh Bunkface dengan lagu mereka “Silly Lilly”, “Situasi” dan “Malam Ini Kita Punya”.
Anugerah Lagu Indie musim kali ini juga membariskan juri-juri professional yang terdiri daripada AG Coco, Wing Meng, Juwita Suwito, Roshan Jamrock, Edwin Raj, Ariana Adnan, dan Diandra Arjunaidi.
Untuk maklumat penuh mengenai keputusan Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie, sila layari laman media sosial Anugerah Lagu Indie atau tonton di Youtube Anugerah Lagu Indie.


tulis sini