KUALA LUMPUR: Perkembangan terkini setakat
jam 11:30 pagi, mayat seorang lelaki dan seorang perempuan telah ditemui
menjadikan seramai 35 orang masih belum ditemui dalam kejadian tongkang
karam dekat Sungai Air Hitam, Banting.
Setakat ini, jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 61 orang.
Setakat ini, jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 61 orang.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tongkang-karam-di-banting-2-mayat-ditemui-37921?cpMenurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, sebuah bilik operasi sementara telah dibuka di Pulau Carey.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil semasa dihubungi berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerah ke sekitar pesisir pantai.
"Dua buah kapal maritim telah dihantar untuk SAR termasuk sebuah helikopter. Buat masa ini sebuah pusat operasi turut dibuka di Jeti Pantai Klanang," kata Jaslizad.
Ketika dihubungi Astro AWANI, Pegawai Polis yang berada di Balai Banting, Insp Mohd Shamsul Sharif mengesahkan 97 penumpang yang terlibat dalam insiden karam tersebut merupakan warganegara Indonesia.
Sumber Kedutaan Besar Republik Indonesia memaklumkan Astro AWANI bahawa pihak kedutaan sedang berurusan dengan pihak berkuasa yang terlibat.
Tongkang tersebut dikatakan berlepas dari Jeti Sungai Air Hitam awal pagi Rabu dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Acheh.
- ASTROAWANI
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tongkang-karam-di-banting-2-mayat-ditemui-37921?cp