KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara popular Elaine Daly, 38, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor yang berasal dari Afrika Selatan, Nick Boden, 38, pada 4 Disember ini.
Elaine berkata, majlis perkahwinannya dengan duda anak satu itu bakal berlangsung di Kuala Lumpur.
Mengikut perancangan, selepas disatukan mereka akan mengadakan majlis resepsi di sebelah keluarga Nick di Afrika Selatan pada awal tahun depan, kata Elaine.
Elaine yang juga pengacara program bual bicara Bella di ntv7 adalah bekas Miss Malaysia/Universe 2003.
MAJLIS perkahwinan Elaine dan Nick bakal berlangsung di Kuala Lumpur.
Antara filem lakonannya adalah Di Ambang Syurga dan X-Wave manakala drama lakonannya termasuklah Astana Idaman dan Apa Dosaku.