Hampir Putus Tangan Dipotong Gergaji Jiran






Ketika mangsa pulang daripada menunaikan solat Jumaat di kampung itu, dia berhenti di rumah keluarga suspek bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan namun belum sempat bertanya, bajunya ditarik remaja terbabit dan berlaku pergelutan.

Pada masa sama, muncul ibu remaja lelaki berkenaan berusia 50-an yang memukul kepala mangsa dari belakang dengan sebatang kayu menyebabkan dia terjatuh ke dalam longkang berhampiran.
FotoMOHD AMIR dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Mohd Amir Amzar berkata, dia yang mengerang kesakitan diserang dengan gergaji oleh suami wanita itu yang berusia 60-an.