Kuih Raya Mesti Letak Tanda Harga





Kuih-muih wajib ada tanda harga Alias melihat tanda harga jualan ketika meninjau Bazar Ramadan Asia City, di Kota Kinabalu, semalam. - Foto Izhari Ariffin
Kerajaan kuat kuasa peraturan bazar Ramadan elak kekeliruan

Kota Kinabalu: Peniaga bazar Ramadan diwajibkan meletakkan tanda harga pada setiap juadah bagi membolehkan pengguna melihat harga dengan jelas, berkuatkuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad, berkata arahan itu dikuatkuasakan kerana ramai peniaga masih menggunakan kaedah menyenaraikan harga semua juadah dalam satu tanda harga sehingga mengelirukan pengguna.

“Secara keseluruhan, peniaga bazar Ramadan mematuhi arahan mempamer tanda harga tetapi cara mereka meletakkannya tidak menepati kehendak kementerian. - Sumber Hariam Metro