Rang undang-undang untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor
akhirnya diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.
Tiada anggota DUN daripada Pakatan Rakyat mengundi menyokongnya.
Rang undang-undang itu dibentangkan oleh exco Datuk Abd Latiff Bandi pada 2.30 petang ini.
Setelah pelbagai kritikan, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin semalam berkata, rang undang-undang itu akan dipinda dengan
memasukkan peranan sultan atas nasihat menteri besar.
Sumber: MALAYSIAKINI