KUALA LUMPUR, 16 Julai:

Wanita yang didakwa bertindak kasar ke atas seorang lelaki selepas terbabit dalam pelanggaran memohon maaf.
Ia dibuat melalui laman Facebook, Kiki Kerja Kahwin.
Melalui status yang dimuatnaik, dia memohon maaf dan meminta masyarakat menghentikan kritikan terhadapnya.
Wanita yang dikenali sebagai Kiki, terkejut dengan apa yang tersebar di media sosial meluahkan rasa sedih dan akan menukar nombor plat keretanya secepat mungkin.
Dia  juga meminta masyarakat tidak mengaitkan syarikatnya dengan tindakan yang telah dilakukan.
“Most suggestion: Ramai suruh saya buat video youtube buat official apologies to all malaysian especially uncle. In current condition, im not that strong to make videos.
“My families, neighbours and friends keep questioning me for my actions. In future will record that video.
“I read all those tweets. I feel you. I know Im wrong. There is time in your life that you should forgive others. I just want people to remove all my videos. Respect my privacy and consider this thing happen to your family. Terima kasih dear!
“Ok I’ll stop writing my heart here. Last words. Please spread the words of my sincere apologies to all Malaysian about my actions. That’s not my intention. That’s my personal mistakes and anger. Kerja Kahwin SDN BHD had nothing to do with my actions. I’m alone to be blame in this event,” tulisnya.
Sebelum itu, pengguna Facebook telah mewujudkan beberapa akaun palsu bagi menyuarakan rasa marah terhadap reaksinya selepas terbabit dalam kemalangan kecil.
Hasil pemerhatian The Rakyat Post, beberapa akaun palsu telah diwujudkan selepas video wanita memaki-hamun lelaki tua berbangsa Cina itu tersebar luas di media sosial.
Antaranya Kiki Fans, Kiki Kamaruddin, Kami Benci CDM25, CDM25 Fans, Kiki Kerja Kahwin dan beberapa akaun ‘Pages’ yang lain.
Tidak cukup dengan itu, akaun ‘Pages’ syarikat wanita yang dikenali sebagai Kiki Kamaruddin yang difahamkan bekerja sebagai perancang perkahwinan turut digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, RileksCrew.
Rata-rata pengguna menyuarakan rasa marah dan terkilan dengan sikap Kiki yang bertindak terlalu agresif dalam menyelesaikan masalah kemalangan kecil yang dihadapinya.
Mereka berpendapat apa yang dilakukan Kiki sebagai biadap dan tidak menghormati orang tua.
“Oi samseng, kalau nak buli, buli orang muda, baru untung sikit dah nak berlagak macam berjuta-juta harta dalam bank… puiiiiii….,” kata seorang pengguna Facebook, Edmund Leong.
Seorang pengguna lain, Mohammad Syauqi Hairom turut merasa terkilan dengan sikap Kiki yang lebih dewasa darinya tetapi telah bertindak liar dan gagal mempamerkan ciri-ciri sebagai seorang Islam.
“Saya rasa terkilan dgn sikap akak ni. Mana selitnya rasa hormat kpd org yang lbeh tua lagi2 org yg bukan Islam ini. Ini salah satu nye lagi memburukan imej agama Islam.
“Wlaupun sy masih muda tapi sy rasa amat sedih skli. Tunjuk la teladan yg baik buat anak2 muda zaman skrg. Akak Sy minta maaf. Akak kne sgera bertaubat. Rmai dah bass akak. Fkir la scara rasional,” kata seorang pengguna facebook,
Pengguna-pengguna Facebook yang ‘kreatif’ pula mengambil kesempatan dengan mengubah suai gambar Kiki untuk dijadikan ‘troll’.
HaiNi Zarynna dalam komennya pula mendakwa pengguna Facebook telah salah menyasarkan kemarahan mereka kerana wanita yang terdapat dalam video itu Lili Kamarudin iaitu adik kepada Kiki Kamarudin.
“KIKI ni adalah kakak kpada LILI (yg dlm video viral tu). SALAH FAHAM. Yang mengetuk ni nama dia NorLaily atau Lili, bukan Kiki. Kiki tu adalah kakak dia yg juga owner kereta peugeot ni,” tulisnya.
Pengguna-pengguna Facebook juga turut mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah bertindak pantas menyiasat perkara itu.