Malaysia Negara Bersih Peminta Sedekah






Kenyataan itu mengulas mengenai pengumuman kerajaan untuk mengadakan operasi khas untuk menahan golongan gelandangan, dijangka akan diadakan pada minggu depan, dikenali dengan nama Ops Qaseh.

Ia turut merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mengumumkan bahawa sukarelawan yang memberi makanan percuma tidak boleh beroperasi dari jarak dua kilometeri dari Lot 10, Bukit Bintang.

Beliau mendakwa, kegiatan tersebut menyebabkan golongan gelandangan dan pengemis menjadi malas dan terus mengemis.

Beliau juga mendakwa pemberian makanan percuma itu menyebabkan kekotoran dan pembiakan tikus.

FNBKL juga berpendirian bahawa kerajaan perlu memansuhkan Akta Orang-orang Papa 1977 yang dianggap lapuk dan tidak lagi sesuai dikuatkuasa untuk menyelamatkan warga gelandangan.

Kolektif berkenaan melihat bahawa akta lapuk tersebut tidak lagi bersifat manusiawi walaupun ia pada asalnya digubal untuk menyelamatkan warga jalanan tersebut dari terus tercicir.

Ia digambarkan demikian kerana pihak berkuasa boleh menggunakan akta tersebut untuk menahan golongan dianggap papa untuk tempoh sehingga tiga tahun. - Sumber MalaysiaKini