Wartawan yang pernah popular melalui rancangan 999 terbitan TV3, Mazidul Akmal Sidek kini dilaporkan semakin tenat. Beliau yang dahulunya terkenal dengan keberaniannya membongkar pelbagai kisah jenayah dan isu-isu semasa, kini terlantar di Hospital Pantai Medical Centre.
Mazidul didakwa mendapat serangan stroke (Induced Coma)... bagaimanapun, hingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status kesihatannya.
"Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut untuk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa," demikian laporan yang dipetik melalui laman Murai.
Harapan dan doa kita, semoga Allah SWT melindungi beliau dan menyembuhkan penyakit yang dihidapinya itu. Amin.
sumber: Murai