KUALA LUMPUR:
Seorang ibu yang sedang bersedih merayu kepada Presiden Rusia Vladimir
Putin untuk mengembalikan mayat anak lelaki dan teman wanitanya yang
terbunuh dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia,MH17 Khamis lalu,
lapor Associated Press.
Silene Fredriksz-Hoogzand warga Belanda, berkata beliau terkejut apabila mengetahui mayat anaknya Bryce Fredriksz teman wanitanya Daisy Oehlers bersama mangsa-mangsa lain dibiarkan terdampar di lokasi nahas selama beberapa hari.

Bryce Fredriksz (kanan) dan teman wanitanya Daisy Oehlers – Foto AP
"Saya bukanlah seorang ahli politik. Tetapi saya tahu bahawa Putin mampu melakukan sesuatu, "katanya kepada AP dalam satu temu bual telefon.
"Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan saya. Mayat mereka terbiar berbaring di sana selama tiga hari di bawah matahari terik. Ada anggota keluarga yang tidak sanggup melihat mayat anak atau ibu mereka dalam keadaan sebegitu," tambah beliau.
Bryce dan teman wanitanya adalah antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas dipercayai ditembak jatuh kumpulan pemberontak Ukraine pro Rusia.