SULTAN DI MALAYSIA LEBIH BERKUASA DARIPADA QUEEN ELIZABETH DI BRITAIN - PROF DR. ANTHONY MILNER
Oleh : Shahfizal Musa
Foto : Saliman Leman
BANGI, 14 Julai 2011 – Institusi diRaja di Malaysia adalah Raja Berperlembagaan yang proaktif dan bersifat keterlibatan berbeza dengan konsep Raja Berperlembagaan British yang mempunyai kuasa terbatas, kata seorang Profesor dari Australia.
Profesor Dr Anthony Milner, pakar kajian Sejarah Asia dari Australian National University (Universiti Kebangsaan Australia) berkata Raja Berperlembagaan di Malaysia kurang diberi perhatian ahli akademik kerana tanggapan lampau.
Mereka telah memencilkan peranan institusi raja di Malaysia kerana melihat kepada kegagalan raja-raja khususnya kesultanan di negeri-negeri pantai barat mengambil peranan menangani masalah limpahan pendatang dari China hingga membawa kepada campur tangan British.
Tetapi kini berdasarkan kajiannya, institusi kesultanan di Malaysia sedang mengalami kebangkitan politik, katanya, ketika memberi syarahan umum Kursi Pok Rafeah ke lapan di sini atas tajuk “Kesultanan Malaysia dan Usaha Menyatukan Negara” (Malaysian Monarchy and the Bonding of the Nation). Syarahan itu di anjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS).
Beliau menyebut peranan dimainkan Yang Di Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin waktu demonstrasi Bersih 2.0 baru-baru ini, di mana baginda telah memberi titah khas mengenai isu itu.
Institusi itu kini telah menggunakan kuasa mereka untuk menentukan kepentingan rakyat tidak diabaikan.
Profesor Milner berkata raja-raja di Malaysia telah bejaya mengekalkan kedaulatan mereka sejak zaman penjajah misalnya menunjukkan nilai kepimpinan yang tinggi waktu negara sedang menuju kemerdekaan.
Mereka menentang Malayan Union di London dan juga di tanah air, mereka memberi tekanan kepada pihak British untuk menangani soal pendatang dan memberi jangka masa untuk kemerdekaan.
Sultan-sultan di Malaysia menggunakan kuasa mereka di sebalik tabir menggunakan kuasa dan pengaruh mereka secara diam dan jauh dari perhatian media.
Bagaimana pun terdapat berapa kejadian di mana mereka mendapat liputan akhbar yang memberi gambaran tahap kuasa yang mereka miliki.
Profesor Milner memberi beberapa contoh di mana Sultan telah melantik Menteri Besar yang bukan pilihan pertama parti yang menguasai kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri manakala ada Menteri Besar yang terpaksa meletak jawatan kerana tidak mendapat keyakinan Istana.
Ini adalah beberapa keadaan di mana pihak Istana telah menggunakan kuasa mereka yang termaktub dalam perlembagaan. “Apa yang kita kurang tahu adalah, kuasa yang digunakan secara tidak rasmi. Tiada siapa pun dapat menyangkal hakikat yang raja-raja menggunakan kuasa mereka secara tidak rasmi di sebalik tabir tanpa pengetahuan umum.”
Hubungan antara Raja dan kerajaan, katanya, adalah satu lagi contoh di mana sebuah parti politik yang memenangi pilihanraya mesti mendapat restu Sultan sebelum perlantikan Menteri Besar di buat.
Sungguh pun Sultan bertindak mengikut nasihat ketua kerajaan mereka tidak akan menerima nasihat kiranya ia boleh membawa kepada ketidakadilan di kalangan rakyat .
Dalam abad ini pihak Istana telah lebih lantang menyuarakan pandangan misalnya dalam isu seperti rasuah dan lain- lain perkara yang melanda rakyat.
Raja Berpelembagaan di Malaysia adalah suatu kuasa yang mampu membawa perubahan berbeza dengan kedudukan Raja Berpelembagaan di Britain yang tidak mempunyai kuasa itu.
Dr Mohamed Halim Abu Bakar Pengerusi Kursi Pok Rafeah, Pengarah IKMAS Prof Dr KS Nathan, Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Prof Ulung Dato’ Dr Shamsul Amri Baharuddin, wakil dari kedutaan Australia, para pensyarah dan pelajar telah hadir di acara itu.

Sumber: http://www.penaminang.com