Julia Perez Buat Anak Tabung Uji di Malaysia






Julia Perez Buat Rawatan Bayi Tabung Uji Di Malaysia
Selebriti terkenal Indonesia, Julia Perez mendedahkan bakal melakukan rawatan bayi tabung uji di sebuah hospital di Pulau Pinang dan Singapura.
Keputusan ini dibuat selepas mendapat nasihat doktor selain Jupe mendedahkan rahimnya sukar untuk mendapatkan anak selepas berusia 30 tahun.
"Ada tiga lelaki dalam pertimbangan saya, salah seorangnya berada diluar negara dan dua di Indonesia. Biarlah saya rahsiakan penderma sperma itu. Yang penting anak saya nanti beragama Islam," ujar Jupe yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan setiap keputusan proses persenyawaan luar rahim yang dibuatnya.
Jupe dijadualkan berangkat ke Malaysia hari ini (9 Oktober) dan akan berada di sana sehingga 11 oktober.
Sebelum ini, keputusan Jupe untuk menimang cahaya mata melalui proses tabung uji dan tanpa pernikahan mendapat tentangan keras daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI). - MEDIA HIBURAN