Cucu Shi Guna Billboard Iklankan Parti Hari Jadi







Guangzhou - Sebuah keluarga yang kaya telah mengejutkan orang ramai dalam menjemput tetamu ke majlis sambutan hari jadi anaknya yang ke - 16. Keluarga tersebut meletakkan papan iklan disepanjang 400 meter jalan bandar Quanzhou, di wilayah Fujian Tenggara China, dengan tertulis "Welcome To My 16th Birthday Party". 
Merujuk kepada  post di Facebook oleh CCTVNews, penduduk tempatan Fujian menyatakan papan iklan tersebut dinaikkan oleh keluarga Shi untuk meraikan hari jadi cucu mereka.
Keluarga Shi, terlibat dalam perniagaan perdagangan dan mereka mengesahkan kepada China Daily bahawa mereka menggunakan cara ini untuk meraikan hari jadi cucu mereka itu yang ke-16.
Perkara itu mendapat reaksi negatif daripada sesetengah netizen di FB. 







“Such an extravagant birthday! It’s doing no good to the kid’s education!” - @yujianyigemeili

“I’m a local. It is our tradition to make the 16th birthday a huge event, especially for boys. Please take an objective and rational look at it.” - @mikeybuzz

"LOL!!! This is absolutely retarded! Please stop embarrass us Chinese as an entire race. I want to get rich, not stupid." - Chanel EdiSon Chang

"Waste of money and shows arrogance. Better by teaching the 16 years old boy to be humble and use the money to feed the poor. No wonder Chinese wealth can't last three generations." - Adam Yong

Namun keluarga tersebut menyatakan apa yang mereka lakukan adalah untuk menuatakan kegembiraan keluarga mereka dalam meraikan sambutan hari jadi salah seorang keluarga mereka. Mereka juga mendedahkan kos untuk menaikkan papan iklan tersebut hanyalah USD 258..