“ BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN “
Sebuah album yang mengemukakan inti pati muzik jalanan dari bawah tanah hingga genre komersil.
Ada perisa pop, rock, reggae dan pelbagai lagi. Rojak album yang boleh dikategorikan sedap.
Sebuah album yang mengemukakan inti pati muzik jalanan dari bawah tanah hingga genre komersil.
Ada perisa pop, rock, reggae dan pelbagai lagi. Rojak album yang boleh dikategorikan sedap.
"Semasa saya masih di Kuala Lumpur sekitar awal 2000, saya ada pernah lihat lagu Blues Kuala Lumpur yang viral hingga menutup lagu lain menjenamakan Kuala Lumpur, uniknya lagu itu dimainkan busker Nan Blues dengan Ijam. Perbualan dengan pihak Demoplanet TV yang merakam video itu menjadikannya epik, suatu sejarah yang sebenar sempat dirakam dari khalayak pemuzik jalanan. Saya mahu lagi untuk angkat martabat seniman jalanan, tup tup hingga hari ini ter-lahir album Bintang Jalanan ini." ujar Prof Piko yang ditemui di Pelancaran Album Bintang Jalanan baru-baru ini.
Satu album kompilasi bertajuk “ BINTANG JALANAN- KOLABORASI ALBUM PEMUZIK JALANAN “ telah diterbitkan menampilkan 5 pemuzik jalanan berbakat dan pernah menempa nama dalam sirkit muzik tempatan iaitu AMMAL (Naib Juara AF 2016) , AMIR (Mentor) , ISLAH (All Together Now) ,YONE (diantara Buskers terbaik Penang ) dan NAN BLUES ( salah seorang OTAI Buskers Malaysia )
Senarai lagu dalam album ini ialah seperti berikut:
Senarai lagu dalam album ini ialah seperti berikut:
Idea asal penghasilan rakaman ini adalah cetusan penerbitnya, AMAD pada saat semuanya di “kurung” ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diusulkan kepada rakan-rakan “buskers” terlibat.
Album yang mendapat dana di bawah Program Pembiayaan Muzik Independen CENDANA, menampilkan 10 karya baru didalam pelbagai jalur genre seperti folk, blues, reggae dan lain-lain.
Proses penerbitan muzik yang mendapat sentuhan penyanyi dan pemuzik hebat, OJA dari susunan muzik dan dirakamkan secara profesional dari semua aspek rakaman sehinggalah ke adunan akhir.
“Meskipun album ini agak komersial , saya memastikan vibe dan “ethic” buskers tetap terjaga baik dari segi muzik, karektor dan konsep keseluruhan namun tetap mempunyai unsur pop semasa agar ianya mudah diterima ramai. Buskers bukan sekadar muzik, tapi juga “attitude”’ ujar Amad selaku penerbit.
Majlis pelancaran album ini diadakan pada 14 Julai 2024 di Program Santai Seni@TAR oleh beberapa dif kehormat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Dato Ito Blues Gang serta Dato Freddie Fernandez .