Pelakon Nad Zainal dilaporkan telah membuat laporan polis di Ibu
Pejabat Polis Daerah Ampang selepas mendakwa diancam oleh seorang wanita
yang tidak dikenali selain diganggu oleh bekas kekasihnya, Azwan
Kombos.
Memetik laporan sebuah akhbar, Nad menjelaskan wanita berkenaan telah
menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon
berbeza dan melontarkan kata-kata yang berbaur negatif.
"Kali terakhir wanita terbabit menghubungi saya adalah kira-kira sejam
sebelum saya membuat laporan polis. Wanita itu mengugut akan mengaibkan
saya kepada rakan wartawan dan penulis blog kerana putus dengan Azwan,
ujar Nad.
Dalam pada itu, Nad juga mendakwa Azwan masih mengganggunya dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Selama tempoh percintaan kami, biasalah ada pasang surut. Kami pernah
putus kemudian sambung balik. Mungkin juga disebabkan itu Azwan fikir
kami akan sambung semula.
"Saya sudah bulatkan pendirian untuk tidak lagi bersamanya. Saya kesal
kenapa Azwan tidak boleh terima hakikat kami sudah tidak ada apa-apa
lagi," tambah Nad yang menegaskan tak akan kembali bercinta dengan Azwan
sama ada dia bersama Hefny ataupun tidak. - Kredit Media Hiburan