Tahniah diucapkan kepada pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada bulan Oktober ini.  Jejaka yang menjadi pilihan Iesya merupakan seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zairee dan berumur 33 tahun.  
“Majlis merisik telah pun dibuat pada 17 Ogos tahun lalu dan diadakan secara serba sederhana di kalangan ahli keluarga.  Untuk majlis pertunangan mengikut perancangan akan diadakan pagi,  sejam sebelum bernikah iaitu pada 10 Oktober di Masjid Angkasapuri. 
“Untuk majlis persandingan pula akan diadakan pada 11 Oktober di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC).  Namun tarikh ini masih lagi belum betul-betul dapat dipastikan kerana risau jika terikat dengan tugasan.  InsyaAllah, doakan semuanya berjalan lancar ya,” jelas Iesya yang akan memilih kain untuk dipakai pada majlis persandingan nanti di Jakel. - Kredit Media Hiburan