![]() |
[Kredit] |
Kebelakangan ini saya perasan begitu banyak kereta ditampal dengan pelekat pandu-lalu Mek Dogol. Eh. MekDi. Pelekat Burger King dan KFC ada juga, tetapi jumlahnya tidaklah sebanyak MekDi, yang seolah-olahnya ditampal di cermin hampir semua kereta yang ada di Malaysia ini. Hohoho..
Hal
ini mengalirkan peluh di tengkuk untuk golongan seperti saya, yakni
mereka yang memboikot barangan keluaran dan buatan atau yang menyokong
Zionis Israel laknatullah. Semakin banyak pelekat di cerminan kereta,
maka ia menggambarkan semakin banyaklah pelanggan MekDi dan semakin
banyak pula wang yang mengalir ke dalam negara haram Israel.
TIpulah kalau saya katakan saya tidak pernah menjamah MekDi. Malah pernah suatu ketika MekAyam merupakan burger kegemaran saya, ditambah pula dengan MekNaget dan kentang goreng panas yang lazat. Uuuurrrggghhh. Memang nikmat. Namun setelah mengetahui apa sumbangan MekDi terhadap negara haram Israel dan berapa ramai pula nyawa rakyat Palestin yang terkorban saban tahun disebabkan oleh kekejaman tentera Zionis, tidak tergamak saya untuk menjamah MekDi lagi. Malah, saya boleh berbangga kerana saya sudah bertahun lamanya saya tidak menjejakkan kaki ke dalam premis restoran makanan segera itu. Dah tak ingat pon macam mana rasa naget garing atau bubur ayan MekDi. Eh.
Ketika isu boikot ini berada di kemuncaknya beberapa tahun yang lalu ketika Gaza teruk dihambat dan dibelasah Israel, ramai rakyat Malaysia yang menyahut seruan boikot ini. Punyalah berkesan kempen ini sehinggakan pihak MekDi Malaysia terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyumbang apa-apa kepada Israel. Wahai, anda ingat kami ni bodoh lagi jahil? Mungkinlah anda tidak menyumbang secara terus kepada Israel atau tiada apa-apa upacara menyerahkan cek sumbangan kepada Benjamin Netanyahu. Tetapi hakikatnya, wang royalti yang anda bayar setiap tahun kepada MekDi itu kerana menggunakan jenama mereka, wang itulah yang disalurkan ke sana!

Tuduhan
terhadap MekDi yang menyalurkan sumbangan kepada kerajaan haram Israel
bukanlah suatu tuduhan melulu atau tanpa bukti. Dokumentasi yang rapi
dan bukti-bukti yang kukuh memang amat jelas menunjukkan bahawasanya
syarikat gergasi makanan segera itu sememangnya memberikan sumbangan
yang signifikan ke arah pembangunan negara haram Israel.
Selain itu, tahukah anda restoran pertama Makcik MekDi di Timur Tengah adalah di negara haram Israel, yang dibuka pada tahun 1993? Makcik MekDi juga mengadakan suatu kempen di mana setiap sumbangan oleh pekerjanya kepada Dana Bersatu Yahudi, akan disamakan jumlah sumbangan tersebut oleh pihak mereka. Contohnya, restoran MekDi cawangan Chicago menyumbangkan $1 juta kepada dana tersebut, maka Makcik MekDi juga akan menyumbangkan $1 juta. Macam mana tak kaya Dana Bersatu Yahudi kalau macam tu! - Sumber Angel Pakai Gucci