Starbucks Hulur Bantuan Kepada Israel








Howard Schultz dan empayar kopinya. [Kredit]
Howard Schultz (nama pon dah tahu dia ni Yahudi!), pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbak adalah seorang Zionis yang aktif. Pada tahun 1998, dia telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Penghargaan Rakan Zion Sempena Ulangtahun ke-50 Israel' oleh Dana Jerusalem Aish HaTorah, sempena jasanya "... memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan hubungan baik antara Amerika Syarikat dan Israel." Aish HaTorah adalah sebuah badan ultra-kanan (hampir kepada fasis) yang banyak membiayai aktiviti-aktiviti Zionis Israel. Starbak dengan penuh bangganya mempamerkan anugerah ini di laman sesawang mereka; namun setelah kempen boikot mula menyemarak di seluruh dunia, anugerah ini secara tiba-tibanya dihilangkan. - Sumber Angel Pakai Gucci