Showing posts with label Lana Nordin. Show all posts
Showing posts with label Lana Nordin. Show all posts

Lana Nordin Ghairah Dengan Tatu Jantan






Lana Nodin
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.

"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.

"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, " katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.

Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.

Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang puda kacak di Instagram miliknya.


Foto Lana bersama seorang jejaka kacak yang menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya di Instagram.

Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki  berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan.

Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal  tercapai.

Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel)  sebelum melakukan aktiviti terjun udara yang sebenar. - Sumber MSTAR




Lana Nordin Kembali Tayang Buah Dada Selepas Umrah






#10 Gambar Seksi Lana Nordin Di Kelab Hiburan, Kembali Ke Perangai Lama? - ROTIKAYASekitar bulan Mac yang lalu para peminat agak gembira melihat Lana Nordin yang mula mengambil langkah awal untuk ke arha perubahan yang lebih positif apabila mengerjakan umrah buat pertama kalinya — bersama sama rakan artis Lisdawati.
Tidak kurang juga peminat yang mendoakan supaya Lana Nordin, artis yang penuh kontroversi ini mengenakan hijab sepenuhnya. Namun, impian mereka nampak tidak akan menjadi kenyataan sekurang kurangnya buat masa ini.
BACA: Mas Khan Kekasih Baru Lana Nodin, Mula Rapat Di Set Filem
Menerusi forum hiburan popular Cari, seorang peminat telah mendedahkan gambar terkini pelakon itu yang didakwa diambil ketika Lana Nordin dan rakannya berparti sakan di sebuah kelab hiburan di ibu negara baru baru ini.
Ini menimbulkan kata kata kurang enak yang Lana Nordin sebenarnya tidak banyak berubah sejak mengerjakan umrah walaupun pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan media yang beliau bersedia untuk perubahan positif — lebih lebih lagi ketika bersama Johan As’ari.
Well, kita semua harus bersedia untuk mendapat jawapan cliché seperti gambar ini merupakan koleksi lama dan diambil beberapa tahun dulu. Permainan biasa dunia artis, heh. (rtky/m) - Sumber ROTIKAYA




Lana Nordin Anak Dara Tua Cari Jantan Muda







PETALING JAYA: Setelah kontroversi putus cinta dengan pelakon Johan As'ari berakhir, pelakon Lana Nordin, pada Isnin memperkenalkan teman istimewanya iaitu pelakon baharu Mas Khan.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia dan pemuda yang berusia 20-an itu masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya kepada mStar Online.

Lana ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Kosmetik Airish Fashion Cosmetik di Hotel The Royal Chulan, di sini, Isnin.

Jelas Lana, dia tidak mahu kontroversi percintaannya dengan pelakon Johan As'ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.

"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya. - Sumber MSTAR