Showing posts with label Rozana Misbun. Show all posts
Showing posts with label Rozana Misbun. Show all posts

Mahkamah Arah Rozana Misbun Bayar RM500 Kepada Awie






Kuala Lumpur: Isteri penyanyi dan pelakon, Awie diperintahkan untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM500 kepada suaminya itu berikutan kelewatan hadir ke prosiding sebutan kes hadanah (hak penjagaan kekal) tiga anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.
Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain memerintahkan demikian selepas Rozana Misbun, 36, dan peguamnya, Majdah Muda gagal hadir ketika prosiding sebutan kes itu pada jam 10 pagi.

Mohd Amran berkata, mahkamah mengambil serius perkara itu atas alasan boleh menjejaskan prosiding mahkamah dan demi keadilan mana-mana pihak.

Namun, Rozana dan Majdah tiba-tiba muncul selepas beberapa minit prosiding kes itu berjalan.
FotoAWIE (kanan) bersama peguamnya keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Jalan Duta, semalam.

Majdah memohon maaf di atas kelewatan mereka dan memberitahu pihaknya menyerahkan beberapa dokumen permohonan lain berkaitan kes itu di kaunter mahkamah.

Bagaimanapun, Amran masih mengekalkan perintah supaya Rozana membayar kos mahkamah kepada Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46.

Sementara itu, Majdah memberitahu mahkamah pihaknya sudah memfailkan bantahan awal berhubung kes induk iaitu hadanah kekal dan menyerahkan secara kendiri kepada Awie selaku plaintif semalam. - Sumber myMetro




Rozana Patah Tulang Rusuk Dibelasah Awie






bini awie kene pukulSelepas spekulasi demi spekulasi timbul akhirnya isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan beliau berhubung insiden hitam dalam rumah tangga beliau bersama penyanyi itu.
Dalam temubual bersama mStar Online hari ini, Rozana tidak banyak bercakap tentang insiden pukul yang kini sudah menjadi kes mahkamah tetapi lebih kepada perasaan beliau sebagai ibu yang dihalang untuk berjumpa dengan anak anaknya oleh Awie sendiri.
BACA: Awie Lebih Senang Berdiam Diri, Tidak Mahu Bising Serupa Syaitan
Rozana mendakwa beliau keluar daripada kediaman mereka dua minggu selepas kejadian hitam itu berlaku kerana mengalami trauma dan kesakitan fizikal namun awal awal lagi sudah dipesan oleh Awie supaya tidak berebut anak.
“Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat”
“Tetapi Ina terpaksa teruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina,” jelasnya.
Rozana juga berkata yang Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 kepada pihak sekolah anak anaknya agar tidak membenarkan beliau menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari.
Alami Kecederaan Serius, Hampir Cederakan Paru Paru
Bercakap tentang kecederaan yang dialami, Rozana menambah yang doktor kini sedang berikan perhatian serius terhadap dua tulang rusuknya yang retak dan nyaris terkena paru paru selain kecederaan di wajah yang hampir menyebabkan dirinya pekak sebelah.
“Ina tak tipu, mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru”
“Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih. Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan”
“Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey,” ujarnya.
Mengakhiri perbualan, Rozana menambah yang beliau bimbangkan persiapan raya anak anak & tidak sesekali menyimpan dendam terhadap suaminya, Awie. (rtky/m)




Awie Kantoi Pukul Isteri Kena Tahan Polis






Minggu lalu, kecoh di internet apabila ada sekeping gambar tersebar didakwa sebagai isteri Awie yang mengalami kecederaan terus di wajahnya selepas dipukul seseorang. Ianya sekaligus meletakkan Awie dalam perhatian ekoran khabar angin sebelum ini.

Dalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini, Awie mengakui yang beliau telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.
Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.
Awie yang turut ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, beliau masih belum melihat gambar tersebut.
“Jika benar gambar itu tersebar, saya sudah serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” tambahnya lagi ringkas. (rtky/m)