“Saya memuji Angelina Jolie kerana keberaniannya untuk
berkongsi cerita hari ini mengenai pembedahan maktestominya. Sangat
berani!
“Tuan-tuan, sila lihat cerita Angelina Jolie hari ini, terutamanya
jika anda mempunyai kanser payudara dalam sejarah keluarga anda,” tulis
Sheryl Crow dalam akaun Twitter-nya.
Angelina bersama suaminya, Brad Pitt.
Antara rakan selebriti lain yang turut menyokong tindakannya ini juga
termasuklah Giuliana Rancic, Elizabeth Banks dan Kristen Bell.
Masing-masing kagum dengan Angelina yang berani menggunakan statusnya
sebagai selebriti untuk mendidik masyarakat mengenai kanser payudara.
Untuk pengetahuan, Angelina Jolie telah menjalani pembedahan membuang
payudaranya sekitar Februari hingga April yang lalu. Dia dijangkakan
akan melakukan pembedahan ketiga pada awal tahun 2014 untuk membentuk
semula payudaranya dan memasukkan implan.
Apa pun, kepada wanita diluar sana, buatlah pilihan yang betul.
Sumber : Contact Music