Showing posts with label bangkai. Show all posts
Showing posts with label bangkai. Show all posts

Bazaar Ramadhan Jual Makanan Basi Bangkai


MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau menerima aduan daripada para pengguna mengenai kebersihan makanan di Bazaar Ramadhan kerana terbeli makanan basi dan berbau bangkai.
“Saya minta peniaga-peniaga supaya berhati-hati kerana di bulan Ramadhan ini kebanyakan peniaga akan cuba menyegerakan proses penyediaan makanan dan kemungkinan selepas sahur, jadi aduan yang kita terima, makanan basi dan juga hidangan sate hati dan saye ayam berbau bangkai,”katanya.

“Ini adalah aduan yang saya terima dan saya rasa perlu ketengahkan aduan tersebut supaya peniaga mengambil maklum kerana mereka masih lagi bertanggungjawab tentang penyediaan makanan yang betul,”kata Idris kepada pemberita dalam sidang media di Seri Negeri Selasa lepas.
Sehubungan itu, beliau meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya memantau dari aspek kebersihan dan penyediaan makanan para peniaga di semua Bazaar Ramadhan di negeri ini.

Bangkai Rangka Manusia Separuh Busuk Ditemui di Melaka






Melaka: Sebahagian rangka dipercayai milik manusia ditemui berhampiran gigi air di tapak pembinaan di Pulau Melaka di sini, semalam.
Difahamkan, rangka yang hanya mempunyai punggung, tulang peha dan kulit pada bahagian tulang belakang itu ditemui seorang lelaki kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut sumber, rangka yang tidak mempunyai kepala, tangan, badan dan kaki ditemui di atas timbunan sampah di kawasan itu.

"Dipercayai rangka ini milik manusia, namun jantinanya masih tidak diketahui kerana bahagian perut, isi dan kemaluannya sudah tiada.
FotoRANGKA dipercayai manusia yang ditemui semalam.

"Ia dipercayai dihanyutkan arus ke kawasan ini ketika air pasang sebelum tersangkut pada longgakan sampah berkenaan," katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan rangka berkenaan.

"Rangka itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identitinya dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya. - Sumber Harian Metro
 



Aktivis Dibangkai Ayam






Aktivis pelajar Jamhuri Mohamed, yang kritikal terhadap kampus Universiti Malaysia Sabah Labuan (Umskal), mendapati biliknya telah dipecah masuk dan terdapat bangkai ayam di situ.

Jamhuri, yang Presiden Pro-Mahasiswa Umskal, mendapati bangkai ayam itu diletak di atas katilnya manakala dindingnya diconteng mesej 'Berambuslah bodoh'.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jurucakap Pro-Mahasiswa Umskl, Hasnur Faridah Abbas berkata, kejadian itu berlaku antara jam 9 semalam dan 12 tengah malam hari ini.

Mereka menyedarinya kejadian itu selepas pulang daripada menghadiri forum mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Jamhuri adalah antara 16 pelajar yang berdepan dengan tindakan di

bawah AUKU kerana membantah penutupan kedai pelajar di kampus itu pada bulan Februari.

Mereka telah membawa kes penutupan kedai tersebut ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Hasnur berkata Jamhuri telah membuat laporan polis berhubung kejadian semalam. - sumber MALAYSIAKINI