Rupa-rupanya kemelut yang melanda Shila Amzah masih belum reda apabila
beberapa media memanjangkan isu tersebut gara-gara ketidakpuasan hati
Shila mengenai isu media Melayu kurang membuat liputan di konsertnya
baru-baru ini.
Selain mereka mendedahkan bahawa konsert itu ditaja oleh syarikat judi,
semalam mStar Online pula menghubungi Mufti Kelantan, Datuk Mohamad
Shukri Mohamad yang mengatakan bahawa mana-mana acara kesenian yang
ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak adalah aktiviti yang haram
dan ditegah oleh agama Islam.
Meskipun tidak menyebut secara jelas artis yang dimaksudkan, namun ramai
yang dapat meneka bahawa ia adalah berkaitan dengan konsert Shila
Amzah. Nampaknya, media Melayu yang didakwa Shila tidak memberi sokongan
padanya melainkan media berbahasa Cina membuat serangan balas pada
artis itu.
Ada jemput - demikian kata Shila - klik untuk gambar besar
"Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar
daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah
dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada
mana hasil pendapatan itu diterima.
"Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan
konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber
yang diterima dariapda hasil yang haram.)
Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad
"Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat
mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya
salah," ujarnya yang dipetik melalui mStar.
Tambah Mufti itu, penyanyi tempatan haruslah berhati-hati apabila
mendapatkan penaja untuk apa-apa acara sekalipun kerana jika ia daripada
sumber yang salah, pendapatan yang diterima itu haram.|
Shila 'memerli' media Melayu baru-baru ini
"Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang
asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau
tidak?
"Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja.
Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai
menghina Islam itu sendiri," tegasnya.
Kesimpulannya, bersungguh-sungguh benar media Melayu kita mempertahankan
diri daripada serangan Shila yang mendakwa ada menjemput mereka ke
konsertnya. Mungkinkah selepas ini Shila akan diboikot pula oleh mereka?
Tepuk dada tanya selera!