PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish telah menerima
komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di
laman sosial Instagram miliknya.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam
oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk
merogol pelakon itu secara beramai-ramai.
"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.
Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah
motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:
"
I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic
depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we
schootch."
Nora menerima komen berbau lucah di Instagram miliknya.
Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis.
Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula
memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut
untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.
Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora
dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak
senonoh.
Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius
terhadap komen @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh
membahayakan keselamatan dirinya.
Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan
namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat
laporan polis terhdap @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih,"
kata @nzaifa.
mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi. - Sumber MSTAR