Sepanjang 130 tahun rakyat dijajah dan ditindas oleh Penjajah British, apakah sumbangan yang dimainkan oleh Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu yang bersemayam di istana dalam membela nasib rakyat yang ditindas? Apakah sumbangan Raja-raja Melayu dalam perjuangan rakyat menentang penjajahan? Apakah sumbangan Raja-raja Melayu dalam perjuangan rakyat menuntut kebebasan, keadilan dan kesamarataan? Apakah sumbangan Raja-raja Melayu dalam perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan?