Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Weigang Terima Gaji Termahal Dalam Liga Super






Ipoh: Pengurus Perak Datuk Azhar Ahmad yang sebelum ini enggan mendedahkan punca khidmat Karl Heinz Weigang tidak disambung akhirnya membuka mulut menjelaskan sebab sebenar tidak mengambil jurulatih Jerman itu.
“Bagaimana kita hendak teruskan khidmatnya jika beliau membuat tuntutan gaji RM90,000 sebulan selain meminta kereta Mercedes serta bonus perlawanan RM10,000 di tempat lawan dan RM5,000 jika menang di Ipoh.
“Selepas berbincang dengan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dan Menteri Besar, kami membuat keputusan untuk tidak menyambung khidmatnya.“Lagipun beliau dari awal lagi sudah memberitahu hanya akan membantu Perak dalam kancah Liga Super menyebabkan kami terpaksa mencari calon baru,” katanya.
Foto

Justeru Azhar yakin majoriti penyokong Perak akan bersetuju dengan tindakan tidak mengambil Weigang. - Sumber Metro




Perak Dapat Jurulatih Mangkor Untuk Piala Malaysia





Photo: Gambar terbaru dari Ipoh, khabarnya bekas coach Negeri Sembilan 2012, DIvaldo Alves bakal menggantikan Weigang di Perak.

Kalau lah betul berita ni, Perak yang baru gua puji lepas habis season lepas, dah jadi bangang semula. DIvaldo Alves sepanjang pegang Negeri Sembilan, Liga Super tak pernah menang, bila dia kena pecat, terus Negeri Sembilan dapat kemenangan pertama.

Atee lingkop la Perak Piala Malaysia ni, mangkur deghiyan sunggoh

Gambar terbaru dari Ipoh, khabarnya bekas coach Negeri Sembilan 2012, DIvaldo Alves bakal menggantikan Weigang di Perak.

Kalau lah betul berita ni, Perak yang baru gua puji lepas habis season lepas, dah jadi bangang semula. DIvaldo Alves sepanjang pegang Negeri Sembilan, Liga Super tak pernah menang, bila dia kena pecat, terus Negeri Sembilan dapat kemenangan pertama.

Atee lingkop la Perak Piala Malaysia ni, mangkur deghiyan sunggoh

Gelatin Babi Haram


Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (ASWAJA) Zamihan Mat Zin membidas pendapat ulama yang tampil dengan “fatwa songsang” bahawa makanan mengandungi gelatin babi atau unsur babi adalah halal untuk orang Islam.

Beliau juga mahu pihak berkuasa mendakwa mereka yang menyebarkan fahaman itu di Malaysia atas alasan ia bertentangan dengan dalil al-Quran serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Oleh kerana komponen daging babi sinonim dengan kulit, tulang,urat, lemak, minyak dan lain-lain, maka pengharaman menjadi umum merangkumi keseluruhan babi dan seisinya.

"ASWAJA menyeru agar pihak berkuasa agama menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang sering mencetus kontroversi dan mengeluarkan fatwa agama yang songsang.

“Ini kerana fatwa berkenaan boleh meresahkan dan menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, pendakwah terkenal Mohd Kazim Elias membidas sarjana Islam Dr Yusuf Al-Qardhawi yang menulis di lamannya bahawa gelatin haiwan termasuk babi halal digunakan, termasuk dalam produk makanan kerana ia ditransformasikan menjadi bahan lain.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Berhujah menolak pandangan penerima anugerah tokoh maal hijrah Malaysia 2009 itu, Kazim berkata, keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja berkaitan babi tidak boleh dimakan.

Tanpa menyebut nama, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari pula tampil menyatakan kejanggalannya bagi seorang “penceramah” membidas Yusuf dan Majlis Fatwa Eropah yang membincangkan isu itu.

“Sesiapa ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu,” sindir Dr Asri di laman Facebook beliau.

Katanya, Majlis Fatwa Eropah dan Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Maghribi pada 1997 telah pun membahaskan perkara itu berkaitan sifat sesuatu bahan dan bukannya babi sebagai makanan.

“Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya,” tulisnya.
 Sumber: MALAYSIAKINI
 

Apakah sumbangan Raja Melayu selepas 130 tahun?

Sepanjang 130 tahun rakyat dijajah dan ditindas oleh Penjajah British, apakah sumbangan yang dimainkan oleh Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu yang bersemayam di istana dalam membela nasib rakyat yang ditindas? Apakah sumbangan Raja-raja Melayu dalam perjuangan rakyat menentang penjajahan? Apakah sumbangan Raja-raja Melayu dalam perjuangan rakyat menuntut kebebasan, keadilan dan kesamarataan? Apakah sumbangan Raja-raja Melayu dalam perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan?