Jika sebelum ini, Media Hiburan Online ada kongsikan foto-foto menarik
sekitar majlis 'baby shower' pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha
Alyahya, kini kami sertakan pula foto-foto sekitar majlis kesyukuran
dan doa selamat yang diadakan oleh pasangan ini.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh jurugambar Pretty Peektures,
majlis yang diadakan bagi menyambut kelahiran anak sulung pasangan ini
turut dihadiri oleh pelajar sekolah tahfiz yang membacakan selawat dan
mendoakan kesejahteraan mereka. - Info MEDIA HIBURAN