Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Adik Nassier Wahab Meninggal Dunia

Assalammualaikum Untuk Makluman Rakan2 FB, Artis dan Persatuan Artis Pelapis ....Marilah Kita Sama2.Sedekah Al.Fatihah Buat Arwah Adik Abg Nassier Wahab Yg Baru Meninggal Dunia Sebentar Tadi....Al Fatihah....Semoga Roh Arwah Dilindungi Allah Selalu....Amin

YAB Perdana Menteri Malaysia Lancarkan Yayasan Artis 1 Malaysia



Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) ditubuhkan pada 25 Jun 2012 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 11 November 2012 di Dewan Merdeka, PWTC.
Penubuhan YA1M ini juga datangnya dari sikap rasa tanggungjawab untuk membantu sesama rakan dalam perjuangan seni.
YA1M ini mempunyai matlamat murni iaitu untuk menyatukan seluruh warga artis tanahair di bawah satu payung agar menjadi satu suara dan satu barisan yang kuat. Secara umumnya YA1M ini adalah untuk menjaga kebajikan dan membela nasib generasi artis yang suatu ketika dahulu pernah menjadi idola masyarakat.

Biodata Mawar Rashid


Siapa Mawar Rashid? Kenapa nama Mawar Rashid ni popular? Kenapa Mawar Rashid ni dah jadi trending?. Mawar Rashid atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, yang berkelahiran di negeri Cik Siti Wan Kembang ni adalah retis yang dilahirkan dari laman sosial Keek, sebelum ini ramai yang dah jadi femes dek penangan medan sosial ni kalau dulu Bobo dengan aksi lembutnya, Syasya Solera dengan aksi “Macam cantik jer, Macam Comel jer..!!” dan masih ramai lagi artis kelahiran youtube seperti Najwa Latif, Ainan Tasneem dan ramai lagi yang telah dijadikan artis. Pada mulanya niat untuk memasukkan video kedalam laman Keek hanya sekadar suka-suka ini, mendapat sambutan dan di kongsi pada laman-laman sosial yang lain sehingga aksi kelakar dan kreatifnya pada laman keek menjadi satu hiburan yang pastinya  membuat anda tergelak melihat telatah-telah yang dikongsikan.
So, kenapa dia popular sekarang?
Trending: #MawarRashid #MawarRashidGST #FinalisDewiRemaja #DewiRemaja #KarangKraf
Mawar Rashid merupakan salah seorang peserta akhir Dewi Remaja 2015, kerana sebuah rakaman yang ditemuramah oleh wartawan HLive, Elly mengenai isu semasa berkaitan GST yang tidak dapat dijawab olehnya walaupun telah membuat kajian, telah memberi kesan dan pandangan negatif peminat kepada Mawar Rashid. Rasanya wartawan Elly tak perlulah nak soal lebih-lebih dan bertegas seolah-olah ingin memalukan si Mawar ni kalau dah tahu Mawar Rashid tak dapat menjawabnya dengan betul, apa salahnya cuba “Back-up” dengan  menjawab atau memperbetulkan kesalahan yang dilakukan Si Mawar ni atau cuba beralih kepada soalan yang lain. Be profesional lah kan. Tiada manusia dilahirkan tanpa melakukan kesalahan.
Den tak mau cakap lebih-lebih, nanti kan tak pasal-pasal den kena komen. Den cuma nak bagi tanggapan yang positif jer dekat Mawar Rashid. Tapi kalau nak tau jugak kenapa dia tiba-tiba boleh naik femes, jom baca Mawar Rashid dan isu GST ni. Lebih panas lagi bila Shaarnaz Ahmad memberi komen sidiran pada Mawar Rashid. Tapi Mawar Rashid dah pun meminta maaf atas isu GST yang sebelum ni dia tidak ambil peduli. Cik Mawar.. lepas ni awak kena bersedia dan peka ye pasal isu-isu semasa dalam negeri, jadilah insan yang cantik mulus dan berpengetahuan yer. Bagi penulis, isu GST ni masih ramai lagi yang terpinga-pinga apakah yang dikatakan GST, walaupun pelaksanaanya dah dekat sebulan dijalankan apa yang kita tahu sebelum ni kerajaan dah memberi jaminan yang GST ni takkan membebankan rakyat dan pasti harga akan turun selepas pelaksanaannya dengan menghapuskan SST, semua maklum mengetahui dan dah tahu kan. Erm..

mawar rashid
Mawar Rashid
Mawar Rashid
Kapsyen permohonan maaf Mawar Rashid berhubung isu GST
Berbalik kepada Mawar Rashid, berikut adalah sedikit info dan biodata dan laman sosialnya yang boleh anda semua ikuti,
Nama penuh: Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid
Nama Popular: Mawar Rashid
Tarikh lahir: 3 April 1995
Umur: 20 tahun (2015)
Asal: Kelantan
Bakat: Modeling
Tinggi: 160 cm
Berat: 45 kg

Biodata Neng Yatimah

KelahiranYatimah Ahmad
1924 (umur 90–91)
Singapura Singapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1949 - 1981
AgamaIslam
PasanganJasni Ahmad (1968–-)
AnakRoseyatimah
Ibu bapaAhmad
Neng Yatimah.jpg

Dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar Singapura, Neng Yatimah memberitahu bahawa tentang cita-cita asal beliau adalah sebagai seorang guru, tetapi ayahnya hanya membenarkan beliau bersekolah setakat darjah lima di Sekolah Perempuan Melayu Rochore, Singapura, lantas cita-citanya dipendam begitu saja.
Yatimah kemudiannya rapat dengan penyanyi Jasni Ahmad, tetapi tidak begitu disenangi oleh bapanya. Semasa perperangan Jepun, Yatimah nyaris menjadi mangsa kekejaman Jepun tetapi telah diselamatkan oleh Jasni Ahmad. Peristiwa dan keberanian yang ditunjukkan oleh Jasni melembutkan hati bapa Yatimah dan membenarkan Yatimah mendirikan rumahtangga ketika berusia 14 tahun.
Neng Yatimah mula terjun dalam bidang lakunan ketika berusia 19 tahun, dibabit dengan rasa kagumnya kepada lakonan primadona Siput Sarawak yang pada zamannya dianggap mempunyai pengaruh besar.

Biodata Fazura


NAMA PENUH: Nur Fazura Sharifuddin

TARIKH LAHIR: 27 September 1983

TEMPAT LAHIR: Pekan, Pahang

KERJAYA: Pelakon, pengacara, model

STATUS: Bujang

DRAMA: Inspirion, Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Mentua dan Ezora

FILEM: Bicara Hati, Senario XX, Qaisy & Laila, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat Pagi Cinta, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang Terlajak

PROGRAM TV: Teensworld (RTM2), MTV Jus dan MTV Pop Inc

DUTA: Olay, Avon, Nutox Skincare dan Hair Extension Hair Dreams

PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-17 (FFM17), Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-19 dan Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke 23

Biodata Adrea Abdullah

Former Malaysian Actress / Model / Host / Mc turn Travelpreneur! Get Paid 2 Travel.Ask me how. Creative Fashion Designer of ADREA

Buah Dada Tasha Shilla Dikritik Peminat


Tasha Shilla
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla pada Isnin mendedahkan beberapa wajah individu yang sering memberi komen negatif di gambar-gambar Instagram miliknya.

Tasha atau Natashasheila Abd Razak, 28, berkata, dia berbuat demikian sebagai memberi pengajaran kepada individu tersebut bagaimanakah perasaan apabila gambar mereka menjadi medan perbalahan dan hinaan seperti yang terjadi pada dirinya.

"Saya sengaja memuat naik profil beberapa pengikut Instagram yang sering memberi komen negatif pada gambar-gambar saya dan ingin mereka rasa bagaimana perasaannya apabila dijadikan bahan perbalahan.

"Mereka selalu memberi komen negatif dan menegur tentang pemakaian serta semua perkara yang saya lakukan tidak betul di mata mereka," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannnya memuat naik tiga gambar individu di laman sosial Instagramnya pada petang Isnin.

Bagaimanapun, Tasha berkata, dia sudah pun memadam gambar-gambar tersebut bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan.

"Saya muat naik sekejap sahaja sebab nak tengok reaksi mereka dan sudah pun memadamnya. Selalunya memang saya malas nak layan dan tidak kisah apa yang mereka komen. Cuma hari ini saya cuti dan terlebih rajin," ujarnya.

Tambah Tasha, dia turut kesal apabila ada pengikutnya yang membuat laporan gambar (report photo) terhadap gambar yang dimuat naik sehingga gambar tersebut dipadam secara automatik oleh pihak Instagram.

Katanya, perkara tersebut terjadi kepada lebih lapan keping gambar yang dimuat naik di Instagram sejak beberapa hari lalu.

"Saya geram sebab mereka melaporkan kepada Instagram gambar tersebut sebagai mendatangkan mudarat kepada pihak lain. Sudah lebih lapan keping gambar saya hilang tiba-tiba," ujarnya.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia berharap pengikutnya mendoakan agar dia berubah kearah kebaikan dengan cara yang lebih baik selain memberi nasihat di laman sosial itu.

"Saya minta mereka mendoakan agar saya berubah tetapi dengan cara baik iaitu berdoa di dalam hati bukan menerusi cercaan dan nasihat di Instagram," ujarnya.

Ayda Jebat Ghairah Malam Pertama






Ayda Jebat
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pelakon Ayda Jebat menghormati permintaan aktor Izzue Islam yang tidak mahu melakonkan babak intim dalam drama bersiri terbaharu lakonan mereka berjudul Suami Sebelah Rumah termasuk mengubah adegan diterkam pada malam pertama.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, keengganan Izzue melakonkan babak tersebut tidak menggangu perjalanan drama berkenaan sebaliknya lelaki itu tampil dengan pelbagai idea bagi menggambarkan keintiman mereka yang memegang watak suami-isteri.

"Izzue adalah seorang pelakon yang profesional dan penuh dengan pelbagai idea bagi memastikan adegan intim kami tidak cacat dalam drama bersiri itu.

"Saya langsung tidak mempunyai masalah dan faham kedudukannya sebagai suami orang dan saya sendiri tidak selesa melakonkan adegan itu jika berada ditempatnya," katanya kepada mStar Online.

Ayda ditemui pada sidang media pelancaran program realiti Pencarian Wajah Aurawhite di Istana Budaya di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Ayda memberitahu sekiranya terdapat sebarang adegan intim, Izzue akan berbincang dengannya terlebih dahulu dan akan memberikan idea bagi mengelakkan mereka bersentuhan dalam babak-babak yang terdapat dalam skrip.

Jelas Ayda, Izzue sentiasa bersedia dengan pelbagai idea yang turut dipersetujui oleh pihak produksi.

"Sebagai contoh ada babak kami memasuki bilik hotel dan ia adalah malam pertama kami.

"Di dalam skrip Izzue sepatutnya melompat ke atas katil menerkam saya tetapi dengan ideanya kami tukar watak dia memadam lampu dan membiarkan imaginasi penonton menggambarkan apa yang terjadi," jelasnya.

Drama terbitan JS Production itu bakal menemui penonton di TV3 dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, Ayda berkata dia bakal memasuki set penggambaran dua buah filem pada awal tahun hadapan.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang ini semakin murah dan saya cukup teruja diberi tawaran untuk berlakon filem," katanya.




I'M Singles Awards di Universiti Kebangsaan Malaysia Mulai Esok






I'M Singles Awards | 2 November 2014 | Universiti Kebangsaan Malaysia
I'M Singles Awards ialah sebuah acara untuk mengiktiraf bakat-bakat muzik independen dari seluruh dunia. Mendapat respon yang baik daripada pelancaran album Indie Music Singles (I'M Singles), lalu pihak penganjur Pentas Aksi bersungguh-sungguh merealisasikannya menjadi sebuah acara mega sambutan meraikan gerakan muzik indie ini.

Perlantikan Duta Baru
Bunkface ialah sebuah band yang telah mendapat pengiktirafan sebagai duta album I'M Singles (Malaysia) edisi pertama pada tahun 2011, sebagai melanjutkan siri yang seterusnya pihak penganjur akan mengumumkan duta baru untuk edisi baru. Siapakah mereka yang dimaksudkan itu? Semuanya akan dijawab di acara I'M Singles Awards pada Ahad, 2hb November 2014 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Para peminat Bunkface, yang dikenali sebagai Bunkers juga telah berpeluang beramah mesra dengan mereka pada hari pertama acara kerana salah satu lagu mereka 'Panik' turut dijadikan trek bonus dalam 51 lagu album ini.

Photo: Terima kasih semua yang hadir Meet & Greet bersama Bunkface! tadi...jumpa lagi esok
Meet & Greet bersama Bunkface, duta album I'M Singles (Malaysia) edisi pertama

Sokongan Ramai Pihak
Apa yang dicetuskan itu jika tiada mendapat perhatian orang ramai, pasti akan terkubur namun projek I'M Singles telah diberikan banyak perhatian kerana ia membangunkan bakat-bakat yang ada untuk diketengahkan ke tahap yang lebih besar. Ianya bersesuaian dengan tema kempen 'Jangan Sia-siakan Bakat Anda, Jauhi Jenayah'. Ramai rakan-rakan industri muzik mengatakan projek ini terbaik, antaranya memetik kata Radhi OAG "ahli muzik indie bersatu wajib disokong tak kira parti kerana ahli muzik juga pengundi di pilihanraya''. Lantas projek album ini telah berjaya menembusi pasaran mainstream dengan lahir penerus legasi muzik ke arus perdana dari kalangan pemuzik indie.

Siri Jelajah Dunia
Walaupun baru diterbitkan, projek ini telah mendapat respon di luar jangkaan dari serata dunia. Antara yang berminat ialah produksi dari Amerika Syarikat iaitu Talent TV Production, mereka bersetuju menyiarkan di media dan menjemput artis-artis dari sana untuk berkolaborasi. Jika diizinkan Allah, bakal berlangsung tidak lama lagi suatu kompilasi I'M Singles versi antarabangsa melibatkan pemuzik indie dari seluruh pelusuk dunia. Cabaran untuk merealisasikan ini juga dihadapi dengan penuh tabah, menurut pengurus Pentas Aksi, Encik Piko mereka telah membuat kajian dasar untuk projek ini sejak 2005 di Universiti Malaya sebelum berani membuka penyertaan kepada khalayak umum.

Photo: Mereka sudah tiba di Kota Lumpur diberi nama Kuala Lumpur, jumpa #KolintangBapontarKids di sana esok!
Dari Tanah Jawa ke Tanah Melayu, dengan seni budaya, dibawakan khas oleh #Bemmagz Indonesia
Anak-anak kecil Kolintang Bapontar Kids diterbangkan khas dari Indonesia

Persembahan Menarik I'M Singles Awards
Jika anda lihat poster acara, anda pasti tidak sabar menantikan sebuah konsert akhir I'M Singles Awards kerana ramai nama-nama gah dalam industri muzik indie Malaysia. Siapa tak kenal OAG? Kumpulan yang meletup sekitar era 90an dengan 60's TV. An Honest Mistake, band campuran bermain muzik pop punk  Kita juga bakal dihiburkan oleh Kolintang Bapontar Kids yang diterbangkan khas oleh Bemmagz dan Profer Management dari kotaraya Jakarta, Indonesia. Kita juga bakal dijamukan dengan Indonesia Fashion Show, seni budaya nusantara serta artis-artis lain seperti Juril Jumali, AMALI, Scarletz Band, MARIONEXXES, kumpulan kata suara terkenal NEGARAKUS, Peristiwa 8 Minit, TheTick dan penampilan artis Taiyuddin Bakar dengan kumpulan ska Moda Moody. Ini pasti meriah.

Moda Moody menampilkan pelakon Taiyuddin Bakar di I'M Singles Awards

www.imsingles.net

Poster:

Photo: Yeah, jumpa esok...muah muah

Sumber: www.pentasaksi.com







Ex-Malaysian beauty queen owns 1,000 pairs of shoes

LONDON: In a bid to have her divorce heard in Britain, Pauline Chai, the estranged wife of Malaysian business tycoon Khoo Kay Peng, has told the High Court that she keeps 700 of her 1,000 pairs of shoes in her

Ainan Tasneem Kena Tikam Belakang





Ainan tidak terkejut apabila dituduh bersikap 'tikam belakang' terhadap seorang wakil promoter dan sudah dapat menjangkakan gosip berkenaan bakal tersebar.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi Ainan Tasneem tidak terkejut dengan tuduhan mendakwa dia bersikap tikam belakang terhadap wakil promoter yang mendapatkan persembahan untuknya gara-gara ingin mengaut keuntungan.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 22, sebaliknya berkata, sejak awal lagi dia sudah menjangkakan berita tersebut akan tersebar dan mengakui mengenali dalang disebalik penyebaran fitnah itu.

"Saya sebenarnya hendak tergelak apabila membaca laporan berkenaan kerana pertama sekali ia tidak benar dan saya sudah menjangkakan individu berkenaan akan memburukkan saya kepada media.


Ainan tidak bimbang dengan dakwaan terhadapnya kerana ia tidak benar.

"Saya tahu dan kenal siapa 'wakil promoter' itu dan dia pernah mengugut saya untuk menyebarkan cerita tidak baik kepada wartawan kerana tidak berpuas hati," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi ruang gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Ainan dilaporkan berpura-pura pulang selepas mengadakan persembahan yang diaturkan oleh wakil promoter namun dia sebenarnya dikatakan menemui pihak penganjur untuk meminta mereka berurusan terus dengannya tanpa menggunakan orang tengah pada masa hadapan.

Ainan dikatakan bertindak sedemikian kerana ingin mengaut bayaran seratus peratus tanpa perlu membayar kepada pihak yang mencadangkan namanya membuat persembahan.

Dalam pada itu, Ainan berkata, individu berkenaan yang turut bekerja di sebuah syarikat rakaman menyebarkan cerita berkenaan kerana tidak berpuas hati apabila sebuah persembahan melibatkannya diaturkan oleh pengurus yang juga ibu saudaranya.

Jelas Ainan, individu berkenaan mempertikaikan tindakan tersebut yang meletakkan syarat sebarang tempahan persembahan perlu melalui pihaknya yang menjadi punca perbalahan di antara mereka.

"Sejak awal semasa saya menyertai Music Valley pihak pengurusan maklum tentang urusan persembahan saya diuruskan oleh ibu saudara saya dan mereka tidak mempunyai sebarang masalah tentang perkara itu malah ia lebih memudahkan keadaan.

Penyanyi berusia 22 tahun ini sedang dalam tahun akhir pengajiannya di UniMAP.

Tambah Ainan, dia sedar individu berkenaan bersungguh-sungguh menguruskan tempahan persembahannya kerana ingin mengaut komisen dan tidak ikhlas dalam membantunya.

"Biarpun sedar akan niatnya saya tetap pergi setiap kali ada acara yang diuruskannya dan tidak pernah sesekali mempertikaikan komisen yang diambil walaupun dia pernah terkantoi mengambil 80 peratus daripada pembayaran dibuat penganjur," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ainan berkata, pihak pengurusan atasan menyedari akan masalah yang berlaku  dan individu tersebut  telah pun menukar wakil bagi berurusan dengan pihaknya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata, dia kini sedang sibuk dengan pengajian tahun akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan hanya akan menerima
pertunjukan pentas sekiranya berkelapangan.

Bagaimanapun pihak syarikat rakamannya telah merancang untuk melancarkan album terbaharunya pada penghujung tahun ini. - Sumber MSTAR



Sharnaaz Ahmad Selamba Ajak Anis Al-Idrus Couple





Anis tidak kisah dengan kisah kontroversi yang pernah dikaitkan dengan teman lelakinya, aktor Sharnaaz Ahmad kerana menganggap perkara itu sebagai cerita lama. Foto Ihsan ROTIKAYA.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon baharu dan model Anis Al-Idrus tidak hirau dengan kisah kontroversi yang pernah dikaitkan dengan teman lelakinya, aktor Sharnaaz Ahmad kerana menganggap perkara itu sebagai cerita lama.

Anis, 26, berkata, dia tidak pernah menilai Sharnaaz ekoran kisah silam pelakon itu kerana ia tidak adil tambahan pula semua cerita berkenaan tiada sebarang kaitan dengannya.

"Itu semua cerita lama yang tidak menggambarkan siapa dirinya hari ini. Saya tidak pernah menilai dia kerana kisah silamnya termasuk hubungannya yang lalu," katanya kepada mStar Online.
Sharnaaz Ahmad.


Dalam pada itu, Anis berkata, sepanjang dua tahun mengenali Sharnaaz dia menyifatkan lelaki itu berbeza daripada digambarkan menerusi kontroversi.

Jelas Anis, selain menganggap Sharnaaz seorang lelaki yang baik, dia juga mudah didekati sepanjang perkenalan mereka.

"Dia seorang yang 'selamba' tetapi sangat baik dan sesetengah pihak melabelnya sebagai seorang yang panas baran tidak benar," jelasnya.

Tambah Anis, keluarganya juga turut menyenangi sikap Sharnaaz dan mengakui beberapa kali aktor itu bertemu keluarganya.

Sementara itu, bercakap lanjut mengenai hubungan mereka, Anis berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu terburu-buru dalam membawa hubungan mereka ke tahap seterusnya dan masih belum bersedia untuk berumah tangga.

Jelas Anis, buat masa ini mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan meletakkan karier sebagai keutamaan.

"Kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya kami meletakkan perkara itu kepada jodoh.

"Sekiranya dipertemukan jodoh dengan Sharnaaz saya terima tetapi masih terlalu awal untuk bercakap soal perkahwinan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anis berkata, selain masih bergiat aktif dalam dunia peragaan dia kini semakin selesa bergelar pelakon dan memberitahu bakal muncul dalam sebuah drama istimewa bersempena tribute khas buat Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee Oktober ini. - Sumber MSTAR



Liyana Jasmay Teraju Fesyen Muslimah Walaupun Tak Pakai Tudung






PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay memberitahu kerjasama sulung bersama butik Bella Ammara menerusi rekaan jubah Bella Liyana Collection atau #BellaLiyana01 membuatkan dia ingin cuba menerajui di bidang fesyen pula.

Liyana berkata, sepanjang dua minggu menghasilkan busana tersebut bersama Bella Ammara, dia dapat merasakan keseronokan dalam mereka pakaian.

"Ini merupakan kerjasama pertama saya dengan butik Bella Ammara menghasilkan pakaian Muslimah.

"Sekiranya berjaya, mungkin kami akan menghasilkan rekaan lain pula. Bagi saya ini adalah satu permulaan buat saya menerajui bidang fesyen Muslimah," katanya.

Sementara itu, mengenai jubah Bella Liyana, ia mempunyai 10 warna berbeza seperti kelabu, hijau, merah jambu, jingga dan merah.

"Menariknya pada bahagian atas jubah terdapat jahitan gabungan 'tweed lace' dan 'beadswork Swarovski'.

"Ia agak ringkas tapi mewah," ujarnya.

Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Ia dijual dengan harga hanya RM294.

Dalam perkembangan lain, Liyana turut merancang untuk membuka kedai jualan pelbagai barangan yang dipanggil Mermaid Store. Ia akan dibuka di Desa Melawati pada November depan. - Sumber MStar



Shila Amzah Halalkan Pendapatan Judi






Hari ini, Shila Amzah mengadakan sidang akhbar khas untuk menjelaskan perkara ini yang menjadi persoalan ramai sejak ianya disebarkan. Ternyata menurut Shila Amzah, apa yang dilaporkan oleh media selama ini hanya fitnah dan tidak benar sama sekali.
Memetik laporan Beautiful Nara, Shila Amzah berkata beliau merasa sangat tersinggung dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu dan ianya mencabar reputasi dirinya sebagai seorang Islam yang berhijab dan juga ayahnya yang sentiasa mendukung agama dan budaya.
“Sebab kenapa saya pulang ke Malaysia padahal memang saya ada kerja di China untuk sidang media ini adalah saya sangat tersinggung dengan tulisan yang media katakan khususnya suratkhabar Kosmo! yang mendakwa konsert saya ditaja syarikat judi. - ROTIKAYA




Tetek Stephanie Liah Terkeluar






Rootz here we come




29 Hari Lagi Rozita Che Wan Keluarkan Anak Lagi, Zain Saidin Jadi Ayah Pertama Kali






Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum Rozita Che Wan & Zain Saidin menerima orang baru dalam hidup mereka dan nampaknya untuk menyambut kelahiran cahayamata baru ini kelak, mereka berdua telah diraikan dalam satu majlis baby shower baru baru ini.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh jurugambar SYS Image, ternyata kemeriahan di majlis tersebut yang bertemakan serba putih apabila tetamu & hiasan serta deko di majlis itu juga serba putih. Manakala Rozita Che Wan memakai busana berona kuning lembut.

Rozita Che Wan terutamanya tampak berseri seri sepanjang majlis berlangsung dan pasangan ini dihujani dengan hadiah dari tetamu yang hadir terdiri dari ahli keluarga dan rakan terdekat. Pasti ramai yang tidak sabar menanti kelahiran bayi sulung pasangan ini ‘kan? (Sumber: ROTIKAYA)



Fesyen Ketat Sari Yanti Nampak Punggung Di Anugerah Lawak Warna






#07 Fesyen Para Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Lawak Warna  - ROTIKAYAKetika ini di Teater Selangor, Shah Alam, Selangor berlangsung majlis gilang gemilang untuk merai penggiat industri komedi tanah air, Anugerah Lawak Warna yang menampilkan 15 anugerah terbaik, tiga anugerah popular dan dua Anugerah Khas Juri bakal menjadi rebutan.
Penganjuran kali kedua Anugerah Lawak Warna ini disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Warna dan juga Astro Mustika HD bermula sekitar 8.30 malam untuk acara karpet merah.

Seperti yang boleh anda lihat di bawah, barisan selebriti kesayangan anda hebat berfesyen ketika melalui acar karpet merah dan antara yang kelihatan adalah Sharnaaz Ahmad, Rosnah Mat Aris, Elfira Loy, Diana Danielle, Sari Yanti, Yus Jambu, Intan Ladyana dan ramai lagi.
Kita saksikan siapa yang mampu membawa pulang anugerah pada malam berprestij ini. Sumber (rotikaya)




Anak Sharifah Aini Gelojoh Nak Kahwin Lepas Ibunya Meninggal Dunia






Masa yang dinanti makin tiba. Berikutan itu, anak lelaki kepada Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali, 32, yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 4 Oktober ini telah mengedarkan kad jemputan perkahwinannya.

Sebagai imbasan, Aliff telah melangsungkan majlis pertunangannya pada 23 Ogos lalu dengan seorang doktor gigi yang berasal daripada Subang Jaya, iaitu Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28.





Melalui kad yang diedarkan itu, perkahwinan mereka akan berlangsung di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, Selangor.

Tahniah diucapkan buat mereka berdua!




Foto Rahsia Jaclyn Victor Tersebar






Nampaknya, makin berseri-seri wajah Jaclyn Victor yang berkahwin dengan Shawn Rivera pada 19 Julai lalu di Philadelphia, Amerika Syarikat. Malah menerusi gambar yang dikongsi oleh Jaclyn ketika majlis resepsinya baru-baru ini, penyanyi itu kelihatan makin ceria berbanding sebelumnya.

Untuk info, majlis resepsi tersebut telah berlangsung meriah dengan dihadiri oleh bebarapa rakan artis seperti Adibah Noor, Anuar Zain, Fazli Zainal, Ning Baizura, Salamiah Hassan, Datuk Ramli MS serta rakan-rakannya yang pernah menyertai program Malaysian Idol.

Klik gambar untuk size besar




Eh... Datuk Ramli datang solo je ke? Heh.