Fara Fauzana Pakai Tudung Suka-Suka Tayang Tetek






Terbuka hati
"Awal-awal lagi nama saya sudah disenaraikan untuk program Salam Raya. Nasiblah. Sudah namanya bujang, tinggal pula di Shah Alam. Rasanya selagi saya belum kahwin, memang itulah gayanya," jelas Fara yang baru selesai menjalani episod Nona istimewa raya di TV3.
Sepanjang tempoh 10 hari hilang dari konti radio baru-baru ini, Fara turut menjayakan sesi ramah mesra bersama peminatnya di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad minggu lalu.


Tampil dengan imej berselendang sejak Februari dan kemudian perlahan-lahan mencari kesempurnaan dalam berhijab, secara mudahnya, Fara kini bukan sekadar berubah dari segi luaran. Dia juga sedang mengamati perubahan dalaman secara beransur-ansur.
Sudah banyak kali Fara memberitahu, perubahan itu bukan disebabkan dia sedang bersiap sedia untuk memasuki gerbang perkahwinan. Wanita berumur 34 tahun itu tidak mahu lagi kisah hijabnya menjadi fokus berita hiburan.
Barangkali Fara merasakan perubahan itu tidak perlu dicanang lagi yang akhirnya nanti boleh mendatangkan perasaan yang tidak baik.
"Saya tidak kisah apa yang orang luar akan cakap tentang saya. Saya cuma risaukan diri sendiri. Saya bimbang akan timbul riak.
"Tapi sejak bertudung, saya perasan satu perkara baharu iaitu saya rasa lebih dihormati, maksudnya lebih dihormati sebagai Muslimah," jelas Fara.
"Sekarang saya banyak melihat perkara yang selama ini saya nampak tetapi tidak dilihat dengan mata hati," katanya.
Bermula dengan selendang nipis untuk mendekatkan diri ke arah bertudung, Fara memilih untuk beristiqamah. Kini, dia sudah bertudung penuh. Cuma semasa fotografi ini dijalankan, Fara mengenakan turban.
"Rasanya tak perlu untuk saya menjelaskan perkara itu secara berlebihan. Saya juga tak tahu macam mana nak beri penjelasan lagi," katanya dari hujung talian. - Sumber Kosmo