Walaupun hanya memerlukan seri, skuad 'The Azzuri' kendalian jurulatih Cesare Prandelli dilihat tidak bermaya dengan jentera serangan tumpul.
Pemian Itali yang telah mendapat beberapa kad kuning kerana bermain kasar, berdepan tamparan hebat apabila Claudio Marchisio mendapat layangan kad merah pada minit ke-60.
Dia menendang keting pemain lawan depan pengadil perlawanan walaupun membantah keputusan itu.
Ironinya, setelah bermain 10 orang, barulah Itali nampak menggugat khususnya selepas kemasukan Antonio Cassano.
Bagaimanapun menariknya insiden yang berlaku beberapa minit selepas gol itu apabila bek Itali Giorgio Chiellini mendakwa digigit Suarez.
Siaran ulang tayang video jelas menunjukkan Suarez 'seolah mencium' bahu Chiellini sebelum kedua-duanya terjatuh dan Suarez memegang giginya.
'Suarez gigit lagi'
Mereka yang arif dengan Liga Perdana Inggeris atau mengikuti perkembangan Suarez semestinya tergelak besar insiden sedemikian.
Malah peminat bola sepak di beberapa restoran mamak semalam awal-awal lagi sudah bersorak 'Suarez gigit lagi!'
Kejadian Suarez mengigit lawannya bukan kali pertama, pada 2010, ketika bermain untuk Ajax Amsterdam, Suarez menggigit seorang pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal menyebabkan beliau digantung tujuh perlawanan.
Kemungkinan Suarez digantung kerana Federasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berjanji untuk menyiasat perkara itu menerusi ulang tayang video.
Jika terbukti bersalah oleh Lembaga Disiplin FIFA, maka insiden itu hampir pasti akan membuat Suarez tak dapat meneruskan aksi cemerlang beliau dalam kejohanan ini.
Pada Piala Dunia 2010, penyerang berbisa juga pernah bersalah kerana sengaja menampan bola dengan tangan yang membuat Ghana gagal memenangkan perlawanan edisi tahun itu.
Jika Suarez digantung, hal ini bakal merencatkan kempen Uruguay, yang mahu mengikut jejak langkah skuad tahun 1950 mereka yang memenangi piala dunia kedua negara itu, di Brazil. - Kredit MALAYSIAKINI