Showing posts with label Uruguay. Show all posts
Showing posts with label Uruguay. Show all posts
Luis Suarez Disahkan Pindah Barcelona
Suarez akan ke Barcelona minggu depan untuk pemeriksaan kesihatan selain menandatangani kontrak lima tahun dan diumum secara rasmi kepada pihak media dan peminat sebagai pemain FC Barcelona.- Sumber Harian Metro
Caceres Tonggak Uruguay Parah Kemalangan Mabuk Arak
TONGGAK Uruguay dan Juventus, Martin Caceres mengalami
kecederaan parah apabila terlibat nahas kecelakaan jalan raya di
kampung halamannya di Montevideo.
Menurut laporan akhbar Mundo Deportivo, bekas pemain Barcelona itu didakwa miliki kandungan alkohol 2.0 lebih tinggi daripada had yang dibenarkan bagi seseorang yang sedang memandu.
Semasa kejadian, Caceres memandu Porsche SUV berwarna hitam dan melanggar kenderaan lain yang berwarna putih.
Namun, dia dikatakan mengalami luka serius dan bakal kembali terbang ke Itali pada hari Selasa depan.
Perjuangan Caceres bersama Uruguay di Piala Dunia tersekat di babak Pusingan 16 selepas disingkirkan Colombia, Ahad lalu.
Menurut laporan akhbar Mundo Deportivo, bekas pemain Barcelona itu didakwa miliki kandungan alkohol 2.0 lebih tinggi daripada had yang dibenarkan bagi seseorang yang sedang memandu.
Semasa kejadian, Caceres memandu Porsche SUV berwarna hitam dan melanggar kenderaan lain yang berwarna putih.
Namun, dia dikatakan mengalami luka serius dan bakal kembali terbang ke Itali pada hari Selasa depan.
Perjuangan Caceres bersama Uruguay di Piala Dunia tersekat di babak Pusingan 16 selepas disingkirkan Colombia, Ahad lalu.
Suarez Gigit Jurulatih Uruguay Pula Sampai Nangis
JURULATIH Uruguay, Oscar Tabarez meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa teknikal Fifa selepas tidak berpuas hati terhadap keputusan badan bola sepak dunia itu yang menggantung penglibatan Luis Suarez dalam arena bola sepak selama empat bulan.
Dalam sidang media luar biasa di Maracana, Brazil pada Jumaat, Tabarez tampil di hadapan pemberita dengan membaca kenyataan media selama 13 minit.
Dalam kenyataannya, Tabarez berkata Suarez telah menjadi 'kambing hitam' kepada Fifa.
"Dia telah memberikan sumbangan yang hebat sebagai seorang pemain bola sepak. Sebagai seorang jurulatih dan profesor, saya mendapat satu teori iaitu 'kambing hitam'.
"Kamu faham apa yang saya maksudkan, ia tentang hukuman yang diberikan kepada satu pelanggaran bukannya jenayah," katanya kecewa.
Pada masa sama, Tabarez turut meluahkan kekecewaannya kerana Fifa tidak memberikan peluang kepada Suarez untuk bersuara atau membela diri.
Dalam aksi Uruguay menentang Itali baru-baru ini, Suarez telah mengigit bahu pertahanan Itali, Giogio Chiellini.
Tindakan itu telah mengundang rasa marah daripada sebahagian besar peminat bola sepak dari seluruh dunia.
Gigitan Uruguay Hantar Itali Balik
Walaupun hanya memerlukan seri, skuad 'The Azzuri' kendalian jurulatih Cesare Prandelli dilihat tidak bermaya dengan jentera serangan tumpul.
Pemian Itali yang telah mendapat beberapa kad kuning kerana bermain kasar, berdepan tamparan hebat apabila Claudio Marchisio mendapat layangan kad merah pada minit ke-60.
Dia menendang keting pemain lawan depan pengadil perlawanan walaupun membantah keputusan itu.
Ironinya, setelah bermain 10 orang, barulah Itali nampak menggugat khususnya selepas kemasukan Antonio Cassano.
Bagaimanapun menariknya insiden yang berlaku beberapa minit selepas gol itu apabila bek Itali Giorgio Chiellini mendakwa digigit Suarez.
Siaran ulang tayang video jelas menunjukkan Suarez 'seolah mencium' bahu Chiellini sebelum kedua-duanya terjatuh dan Suarez memegang giginya.
'Suarez gigit lagi'
Mereka yang arif dengan Liga Perdana Inggeris atau mengikuti perkembangan Suarez semestinya tergelak besar insiden sedemikian.
Malah peminat bola sepak di beberapa restoran mamak semalam awal-awal lagi sudah bersorak 'Suarez gigit lagi!'
Kejadian Suarez mengigit lawannya bukan kali pertama, pada 2010, ketika bermain untuk Ajax Amsterdam, Suarez menggigit seorang pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal menyebabkan beliau digantung tujuh perlawanan.
Kemungkinan Suarez digantung kerana Federasi Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berjanji untuk menyiasat perkara itu menerusi ulang tayang video.
Jika terbukti bersalah oleh Lembaga Disiplin FIFA, maka insiden itu hampir pasti akan membuat Suarez tak dapat meneruskan aksi cemerlang beliau dalam kejohanan ini.
Pada Piala Dunia 2010, penyerang berbisa juga pernah bersalah kerana sengaja menampan bola dengan tangan yang membuat Ghana gagal memenangkan perlawanan edisi tahun itu.
Jika Suarez digantung, hal ini bakal merencatkan kempen Uruguay, yang mahu mengikut jejak langkah skuad tahun 1950 mereka yang memenangi piala dunia kedua negara itu, di Brazil. - Kredit MALAYSIAKINI
Subscribe to:
Posts (Atom)