Hiburan: Nidji Mencari Fotografer

BAHTERA NIDJI BAKAL BERLABUH DI MALAYSIA PADA 17 – 20 JUN 2014!!!


ANDA KREATIF?
ANDA MAHU MENJADI SALAH SEORANG FOTOGRAFER RASMI UNTUK ‘NIDJI’??

JOM MUAT NAIK GAMBAR/VIDEO YANG PALING KREATIF YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN LAGU ‘SUMPAH DAN CINTA MATIKU’ DARI NIDJI DAN JANGAN LUPA UNTUK SERTAKAN #SUMPAHCINTANIDJI DAN #WMM


Nidji merupakan sebuah kumpulan yang tidak asing lagi di Indonesia, bahkan di Malaysia juga ianya merupakan sebuah kumpulan yang popular. Nidji yang berasal dari Jakarta ini telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan mereka merupakan sebuah kumpulan yang tidak asing lagi di rantau Asia ini yang amat popular dengan lagu-lagu hit mereka seperti ”Sudah", "Hapus Aku", "Laskar Pelangi" dan ”Biarlah”.

Nidji yang terdiri daripada 6 pemuda iaitu Giring Ganesha (vokalis), Andro (pemain bass), Run-D (pemain keyboard), Rama (pemain gitar), Ariel (pemain gitar), dan Adri (pemain dram) bakal berada di Malaysia untuk promosikan single terbaru mereka yang bertajuk “Sumpah Dan Cinta Matiku”. Dengan kehadiran mereka di sini, pihak Warner Music Malaysia sedang mengadakan peraduan untuk menjadi photographer rasmi Nidji selama mereka berada di Malaysia pada Jun ini.

Untuk menjadi photographer rasmi Nidji, jom muat naik gambar/video yang paling kreatif yang mempunyai kaitan dengan lagu “Sumpah Dan Cinta Matiku” dari Nidji dan jangan lupa untuk sertakan #SUMPAHCINTANIDJI DAN #WMM


Berikut merupakan muzik video rasmi “Sumpah Dan Cinta Matiku” oleh Nidji.

cid:image004.jpg@01CF6862.D5F8CD90