Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

Yoshi Sudarso Rakyat Indonesia Jadi Pelakon Power Rangers Biru






Kami sendiri sudah lama tidak mengikuti perkembangan siri superhero Power Rangers ini namun berita ini berjaya menarik perhatian kami kerana ianya terasa seakan dekat dengan kita, sedekat Indonesia.
Yoshi Sudarso, The First Indonesian Power Rangers Actor - ROTIKAYA
Berita barik buat para peminat Power Rangers (atau ibu bapa kepada peminat Power Rangers), siri terbaru Power Rangers akan diterbitkan tidak lama lagi dan diwujudkan semenjak tahun 1980′an, siri superhero ini bukan asing untuk kita semua.
Dalam siri terbaru itu, seorang pelakon Indonedia bernama Yoshi Sudarso telah terpilih untuk memegang salah satu watak hero dan akan mengenakan sut biru bernama Koda (Dino Charge).
“Today I fulfilled my childhood dream. I’ve done the suit acting for ranger for the past 2/3 years and never thought I would be the actual actor. I’m so excited to be the new blue Dino Charge ranger,” kongsi pelakon itu menerusi akaun Facebook beliau.
10620509_764390900273146_8949560107222913215_n
Yoshi Sudarso telah tinggal di Amerika Syarikat sejak tahun 1997 dan sebelum ini pun pelakon itu sudah terpilih untuk membintangi watak dalam filem Hollywood seperti The Maze Runner (2014) dan Most Wanted (2011). Siri terbaru Power Rangers: Dino Charge ini akan mula ditayangkan sekitar tahun 2015 kelak. - Sumber ROTIKAYA




Anak Tomok Dapat Tawaran Oprah Winfrey





Anak Tomok Bakal Muncul Dalam Rancangan Oprah Winfrey
“Masa dapat emel tu, saya risau juga sebenarnya. Kemudian saya suruh adik saya periksa betul-betul tentang tawaran itu. Jika betul, Alhamdulillah..- Tomok






Stesen TV Israel Berjaya Digodam Al-Qassam








Terkini |

Unit media Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya melakukan serangan balas menggodam Stesen TV Israel dan web-web penting dan peribadi tokoh-tokoh Israel juga ahli dean rakyat mereka dengan risalah amaran dan kata-kata semangat untuk tidak menyerah kalah sambil memaparkan wajah kanak-kanak Muhammad Abu Khudair yang diculik dan dibunuh dan di bakar Israel sebelum ini.

Sumber;
SHEHABNEWS




Luna Maya Tidak Serik Mahu Buat Hubungan Seks Dengan Ariel Noah





Jakarta: Meskipun hubungan cinta antara mereka sudah berakhir dan secara tragik pula di hati Luna Maya masih ada rasa sayangnya kepada Ariel Noah.
Menceritakan perasaannya, Luna Maya berkata, Ariel masih bertakhta di hatinya walaupun vokalis Noah itu dilapor sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang lagi aktres Indonesia, Sophia Mueller. “Ya, sejujurnya saya masih sangat sayangkan Ariel.

“Sayang sekali dia meninggalkan saya sendirian,” katanya kepada media semalam.

Pendedahan itu menyebabkan Ariel dipenjara beberapa bulan atas tuduhan menghasil dan memiliki bahan lucah.

Ketika di penjara hubungan cinta Ariel, Luna Maya akhirnya berakhir.
FotoLUNA Maya
Selain Luna Maya Ariel juga didapati merakam aksi ranjang dengan seorang lagi selebriti Indonesia, Cut Tari.

Walaupun aib dengan peristiwa itu, Luna Maya nampaknya tetap menyayangi penyanyi berkenaan.
Luna Maya ditanya ketika menyertai rancangan bual bicara Dahsyat semalam.

Dalam program itu kru Dahsyat menjemput peserta pertandingan Indonesian Idol, Theo, yang memiliki wajah seakan-akan Ariel.

Muncul dari dalam kotak bertutup kain hitam, Luna Maya kelihatan kaget melihat Theo yang disangkanya Ariel. Namun apabila menyedari lelaki itu adalah Theo, Luna Maya kecewa. “Kalaulah itu benar-benar Ariel, pasti saya sangat gembira,” katanya. - Agensi



Irma Hasmie Bakal Timang Bayi Perempuan






Pelakon dan pengacara Irma Hasmie teruja apabila doktor mengesahkan dia dan suaminya, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan bakal menimang seorang bayi perempuan.

Irma, 32, berkata, sejak mengetahui hamil buat kali kedua pada akhir tahun lalu, dia memang mengimpikan untuk mendapat anak perempuan dan bersyukur doanya dimakbulkan Tuhan.

“Mula-mula saya resah juga kerana sudah beberapa kali buat imbasan sebelum ini masih belum nampak jantinanya dan Alhamdulillah akhirnya doktor mengesahkan bakal mendapat bayi perempuan.

“Saya paling teruja berbanding suami kerana saya memang mengimpikan mendapat anak perempuan dan Insya-Allah lengkap keluarga kami kerana sebelum ini saya sudah dapat anak lelaki,” katanya kepada mStar Online
Irma ditemui pada majlis pelancaran Program Ramadan TV Al-Hijrah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Irma dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

Dalam pada itu Irma berkata, biarpun teruja namun persiapan bagi menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka dibuat secara sederhana.

Kata Irma,  barangan anak lelakinya, Redza Syah Irfhan, yang kini berusia setahun masih elok dan boleh lagi digunakan.

“Ikutkan perasaan memang ingin beli banyak benda tetapi banyak barangan milik Irfhan masih elok dan boleh digunakan.

“Saya hanya beli beberapa keperluan seperti baju bayi perempuan dan beberapa barangan yang perlu sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu Irma berkata, biarpun tarikh dia dijangka bersalin semakin hampir namun itu tidak menghalangnya daripada terus aktif sebagai hos program Assalamualaikum yang bersiaran secara langsung di TV Al-Hijrah.

Menurut Irma, kemunculan sebagai hos program bual bicara itu tidak membebankan dan jadual tugasnya juga fleksibel.

“Alhamdulillah setakat ini masih ada kekuatan untuk bekerja dan ia sebenarnya membantu saya supaya bergerak aktif selain menjaga anak sulung.

“Biasalah jika kadang-kadang berasa penat kerana berbadan dua tetapi itu tidak menjadi halangan buat saya,” jelasnya. 

Dalam perkembangan lain Irma berkata, bersempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal dia turut mengambil kesempatan untuk menjual pakaian Muslimah yang direkanya sendiri.

Jelas Irma, koleksi yang diberi nama Debumas itu akan dijual menerusi laman Instagram miliknya bermula 1 Ramadan depan.
SUMBER: mStar Online



Hiburan: Nidji Mencari Fotografer

BAHTERA NIDJI BAKAL BERLABUH DI MALAYSIA PADA 17 – 20 JUN 2014!!!


ANDA KREATIF?
ANDA MAHU MENJADI SALAH SEORANG FOTOGRAFER RASMI UNTUK ‘NIDJI’??

JOM MUAT NAIK GAMBAR/VIDEO YANG PALING KREATIF YANG MEMPUNYAI KAITAN DENGAN LAGU ‘SUMPAH DAN CINTA MATIKU’ DARI NIDJI DAN JANGAN LUPA UNTUK SERTAKAN #SUMPAHCINTANIDJI DAN #WMM


Nidji merupakan sebuah kumpulan yang tidak asing lagi di Indonesia, bahkan di Malaysia juga ianya merupakan sebuah kumpulan yang popular. Nidji yang berasal dari Jakarta ini telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan mereka merupakan sebuah kumpulan yang tidak asing lagi di rantau Asia ini yang amat popular dengan lagu-lagu hit mereka seperti ”Sudah", "Hapus Aku", "Laskar Pelangi" dan ”Biarlah”.

Nidji yang terdiri daripada 6 pemuda iaitu Giring Ganesha (vokalis), Andro (pemain bass), Run-D (pemain keyboard), Rama (pemain gitar), Ariel (pemain gitar), dan Adri (pemain dram) bakal berada di Malaysia untuk promosikan single terbaru mereka yang bertajuk “Sumpah Dan Cinta Matiku”. Dengan kehadiran mereka di sini, pihak Warner Music Malaysia sedang mengadakan peraduan untuk menjadi photographer rasmi Nidji selama mereka berada di Malaysia pada Jun ini.

Untuk menjadi photographer rasmi Nidji, jom muat naik gambar/video yang paling kreatif yang mempunyai kaitan dengan lagu “Sumpah Dan Cinta Matiku” dari Nidji dan jangan lupa untuk sertakan #SUMPAHCINTANIDJI DAN #WMM


Berikut merupakan muzik video rasmi “Sumpah Dan Cinta Matiku” oleh Nidji.

cid:image004.jpg@01CF6862.D5F8CD90