Pengeluar tudung Fareeda Global
Resources Sdn Bhd (Fareeda) memilih cara pengiklanan yang unik dengan
mempromosikan produk keluaran syarikat itu pada badan pesawat milik
Firefly Airlines (Firefly) iaitu pesawat ATR 72-600 bermula tahun ini.
Pengarah Urusan Fareeda, Aminuddin Basiron
berkata, penglibatan kali pertama syarikat itu dalam pengiklanan melalui
industri penerbangan bertujuan mempromosikan jenama Fareeda di beberapa
kawasan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia.
“Firefly sedang memperluaskan rangkaian
(penerbangan) mereka jadi kami berharap kerjasama dengan Firefly ini
akan meningkatkan perolehan Fareeda. Kerjasama ini akan berlangsung
selama setahun tetapi kami berharap untuk meneruskannya (selepas itu).
Kami percaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat,” katanya. Kredit: - Wanista.com