Showing posts with label bahan. Show all posts
Showing posts with label bahan. Show all posts

Iklan Tudung Fareeda di Pesawat Pula






Tudung Fareeda yang sentiasa penuh dengan kontroversi kini dilihat melebarkan lagi sayap jenamanya ke peringkat Asia Tenggara apabila memilih untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan Firefly bagi mengiklankan tudung mereka di badan kapal terbang.
Pengeluar tudung Fareeda Global Resources Sdn Bhd (Fareeda) memilih cara pengiklanan yang unik dengan mempromosikan produk keluaran syarikat itu pada badan pesawat milik Firefly Airlines (Firefly) iaitu pesawat ATR 72-600 bermula tahun ini.
Pengarah Urusan Fareeda, Aminuddin Basiron berkata, penglibatan kali pertama syarikat itu dalam pengiklanan melalui industri penerbangan bertujuan mempromosikan jenama Fareeda di beberapa kawasan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia.
“Firefly sedang memperluaskan rangkaian (penerbangan) mereka jadi kami berharap kerjasama dengan Firefly ini akan meningkatkan perolehan Fareeda. Kerjasama ini akan berlangsung selama setahun tetapi kami berharap untuk meneruskannya (selepas itu). Kami percaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat,” katanya. Kredit: - Wanista.com




Bikini Maria Farida



Maria Farida terkejut foto beberapa bikini yang dimuat naik di Instagram menjadi isu.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbau lucah menerusi foto bikini yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor.

Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.

"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, Maria telah memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).

Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.

Foto bikini yang dimuat naik oleh Maria di Instagram.

Tambah pelakon yang popular dengan filem Datin Ghairah itu, dia turut mendapat kritikan seolah-olah tidak berpegang pada agama Islam dengan menunjukkan foto tersebut.

"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang  sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.

"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya.

Dalam pada itu kata Maria lagi, memandang dia mendapat terlalu banyak komen negatif, dia telah meminta pembantu peribadinya untuk membuang komen-komen tersebut.

Maria kini sedang bercuti di Pulau Krabi, Thailand dan akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini.