Kecoh juga semalam dengan laporan penemuan mayat kanak-kanak perempuan Siti Soffea Emelda
yang dibunuh dengan kepala terpisah dari badan di tebing Sungai Klang,
berhampiran Jalan Hishammudin di Kuala Lumpur. Bagaimanapun sehingga
post ini disiarkan, suspek kejam berkenaan masih belum dikesan dan dia
dipercayai lemas apabila terjun dalam sungai berkenaan dalam cubaan
untuk elak daripada ditangkap.
Berdasarkan bukti rakaman cctv di lokasi
kejadian culik iaitu pusat beli belah Kota Raya, pihak polis sudah
berjaya mendapatkan gambar suspek. Siasatan awal polis melaporkan suspek
sebagai warga asing, namun setelah meneliti rakaman cctv berkenaan
polis kini mempercayai suspek ialah warga tempatan yang baru dibebaskan
dari penjara. Suspek dipercayai penagih dadah yang bekerja sebagai
atendan tempat letak kereta berhampiran Kota Raya.
Lebih mengejutkan, menerusi rakaman cctv
itu, dapat dilihat dengan jelas suspek cuba melarikan Siti Soffea.
Bagaimanapun seorang pengawal keselamatan hanya menyaksikan Siti Soffea
diculik tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghalang suspek. Semasa
insiden ini sedang berlaku di tingkat empat, seorang pengawal
keselamatan menyaksikan suspek mendekati Siti Soffea, yang dilihat cuba
bersembunyi di sebalik tiang. Bagaimanapun, suspek menangkap Siti Soffea
dan membawanya keluar. Pengawal itu tidak melakukan apa-apa untuk
menghalang suspek dari pergi bersama budak itu.
Siasatan awal polis juga mendapati
ibunya, Siti Salmy, 32, seorang gelandangan dan tidak bekerja. Bapa Siti
Soffea, menurut sumber, sedang dipenjarakan. Oleh itu, Siti Salmy dan
anaknya berkeliaran sekitar Kuala Lumpur dan bergantung pada ihsan orang
lain. Polis mendedahkan yang Siti Salmy memiliki tiga orang anak, namun
dua lagi tinggal dengan saudara mara. Hanya Siti Soffea mengikut ibunya
merayau sekitar bandaraya setiap hari.
Pada malam kejadian, dua orang warga
Sabah melihat seorang lelaki mendukung Siti Soffea berjalan merentasi
rumput panjang di tebing sungai. Dua saksi itu melihat suspek mencekik
mangsa sambil menekannya ke atas tanah. Suspek kemudiannya mengambil
sesuatu yang kelihatan seperti objek seramik dan menggunakannya untuk
memukul mangsa.
Dua orang Sabah itu kemudiannya
memberitahu kejadian itu kepada seorang polis bantuan di bangunan Public
Bank berhampiran. Apabila menyedari dihampiri polis bantuan itu, suspek
terjun ke Sungai Klang. Dua saksi itu kemudiannya dibawa ke ibu pejabat
polis di Jalan Hang Tuah untuk menghasilkan fotofit suspek.
Apabila polis menemui mayat Siti Soffea
di tebing Sungai Klang di belakang stesen komuter KTM Kuala Lumpur,
berdekatan Jalan Tun Sambanthan, budak itu memakai seluar putih dan
lampin pakai buang. Polis menemui sepasang sandal dipercayai milik
suspek, sepasang sandal kanak-kanak, baju putih kanak-kanak, pengikat
rambut dan serpihan seramik di tempat kejadian.
Asisten Komisioner Kanan Gan Kong Meng
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandar berkata polis menerima maklumat
pada pukul 9.00 malam. Gan memberitahu yang Siti Salmy sedang melepak
bersama rakan di Kota Raya pada pukul 3.00 petang apabila ke tandas. Dia
meminta seorang rakannya mengawasi anaknya semasa di ke tandas. Apabila
ibunya keluar dari tandas lima minit kemudian, anaknya telah hilang.
Ibunya dan rakan cuba mencari mangsa sekitar pusat beli belah tersebut
namun gagal menemuinya.
Polis mempercayai bahawa suspek telah
cuba merogol mangsa dan memukulnya bila mangsa meronta. Mayat Siti
Soffea telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk
dibedah siasat.
Laporan asal: The Malaysian Insider via AmazingNara