Showing posts with label culik. Show all posts
Showing posts with label culik. Show all posts

Gambar Penculik Abu Sayyaf Tersebar







PETALING JAYA: Maklumat terperinci mengenai Alhabsi Misaya, pemimpin Abu Sayyaf terkenal yang dikatakan menahan seorang anggota polis marin, Konstabel Zakia Aleip sebagai tebusan di selatan Filipina, mula tersebar.

Alhabsi adalah salah seorang lelaki bersenjata yang bertanggungjawab memenggal kepala tujuh pekerja kilang di Jolo, selatan Filipina pada 2007, seperti yang didedahkan dalam satu video secara talian.

Klip video berdurasi 14 minit itu direkodkan oleh Alhabsi sendiri, memperlihatkan sekumpulan lelaki membawa tebusan ke beberapa kawasan berbeza di dalam hutan sebelum bertindak kejam ke atas mereka.
Muka tebusan pertama dibiarkan tunduk dan kepalanya ditarik oleh salah seorang lelaki bersenjata sebelum dipenggal menggunakan sebilah pisau.

Beberapa orang tebusan kemudian dibawa ke kawasan yang terletak berberapa ratus meter sebelum menerima nasib yang sama.
Alhabsi dilihat ketawa kecil semasa tebusan diperlakukan seperti binatang.

Rakaman itu memperlihatkan pembunuhan kejam setiap pekerja secara terperinci dan pada satu ketika, Alhabsi memfokuskan secara dekat ke arah kepala yang dipenggal.

Kemudian, dia memfokuskan kamera ke arahnya sekaligus memperlihatkan wajahnya dengan jelas bahawa dia adalah lelaki yang dikenal pasti oleh pasukan perisikan Malaysia dan Filipina sebagai salah seorang pemimpin Abu Sayyaf.

Di akhir rakaman, lelaki bersenjata mendekati tebusan yang tinggal dan mengikat tangannya sambil bertanya beberapa soalan.

Tebusan itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam hutan tetapi nasibnya tidak diketahui kerana rakaman tiba-tiba terhenti.

Kli video bertajuk 'Seven innocent people in Jolo, Sulu beheaded by Abu Sayyaf group' dimuat naik ke laman You Tube oleh Raymond Penny pada Julai tahun lalu dan ditonton lebih 5,000 orang setakat ini.

Tebusan tersebut yang bekerja di kilang papan lapis berdekatan, diculik dan kepala mereka dipenggal selepas syarikat tersebut enggan membayar wang peras ugut kepada Abu Sayyaf bagi menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

Nama Alhabsi, ahli junior di dalam kumpulan tersebut, meningkat naik selepas melakukan beberapa penculikan di pantai timur Sabah yang membabitkan wang tebusan bernilai jutaan pesos. Sumber: mstar online




Culik Anak Ke Solat Tarawikh Makin Meningkat






Walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan wujud sindiket menculik untuk mengambil organ manusia, kisah ‘van putih’ berkeliaran mencari mangsa terus dikaitkan dengan kes penculikanatau cubaan culik.
Terbaru, surat pekeliling dikeluarkan oleh Pertubuhan Sukarela Keselamatan Dan Kebajikan Islam Kerian Perak (PSKK) sebagai peringatan ibu bapa kembali menimbulkan kisah van putih.

Dalam surat tersebut, ibu bapa diminta menasihati anak mereka agar berhati-hati kerana terdapat cubaan culik menggunakan modus operandi mendatangi kanak-kanak yang datang ke masjid untuk solat terawih. Kes dikatakan berlaku di sebuah masjid di Nibong Tebal Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang terletak berhampiran sempadan Parit Buntar, Perak.
Seorang lelaki Melayu telah mendatangi seorang kanak-kanak di perkarangan masjid dan meminta bantuannya agar menunjukkan arah ke Hospital Parit Buntar. Kanak-kanak itu bagaimanapun dibawa ke satu lokasi sunyi di Jalan Sekolah Parit Buntar.
Namun sebaik terlihat dibawa menghampiri van putih, kanak-kanak terbabit melarikan diri kerana menyedari bakal menjadi mangsa culik.
Sejauh mana kebenaran kes ini tidak dapat dipastikan namun adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk sentiasa mendidik dan mengingatkan anak-anak tentang keselamatan diri di mana jua mereka berada.
sumber:mynewshub




Polis Belasah Penculik Humban Masuk Lokap






Suspek diberkas polis ketika cuba melarikan diri selepas dia bertindak melanggar kenderaan MPV polis di Sungkai, semalam.
TANJUNG MALIM 26 Jun - Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun berhadapan pengalaman menakutkan apabila dia diculik dan dicabul seorang lelaki yang melarikannya dari Stesen Bas Slim River di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, suspek berusia 57 tahun itu menghampiri mangsa dan berpura-pura bertanya sama ada dia mahu membeli buku sebelum mengajaknya menaiki kereta.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Othman Nanyan berkata, semasa berada di dalam kenderaan tersebut, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri dan membawanya ke sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Slim Lama.
"Semasa berada di dalam pondok, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar sebelum mencabul kehormatannya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit suspek beredar dan peluang itu digunakan oleh mangsa untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Othman, mangsa yang ketakutan telah dijumpai oleh seorang wanita yang memandu kereta di kawasan perkuburan itu pada pukul 1.50 petang dan telah dibawa ke Balai Polis Slim River.
Ujarnya, dua anggota kenderaan peronda polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai kes itu berjaya mengesan kereta Proton Wira Aeroback milik suspek pada pukul 2.40 petang dan cuba menahannya namun lelaki itu enggan memberhentikan kenderaannya.
Katanya, lelaki tersebut kemudiannya memecut kenderaannya melalui Plaza Tol Slim River menghala ke Ipoh.
"Semasa di Lebuh Raya Utara-Selatan, polis terus mengejar suspek. Suspek yang memandu ke Plaza Tol Sungkai telah merempuh palang plaza tol berkenaan dan terus menghala ke pekan Sungkai.
"Semasa di pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar Proton Exora milik orang awam dan masih memandu sehingga ke Taman Desa Idaman.
"Bagaimanapun, MPV polis berjaya mengesan dan menghalang laluannya sebelum suspek bertindak melanggar kenderaan MPV polis di bahagian hadapan sisi kiri," ujarnya.
Mengulas lanjut, Othman berkata, dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River, suspek berjaya ditahan bersama isteri yang berusia 36 tahun serta anak lelakinya (dua tahun) dan mereka dibawa ke Balai Polis Sungkai untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, siasatan awal percaya semasa menculik mangsa, suspek yang tiada pekerjaan telah meninggalkan isteri serta anaknya di pekan Slim River dan mengambil mereka semula selepas itu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan. Mangsa yang masih trauma dihantar ke Hospital Slim River dan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperkosa atau suntikan pelali padanya. Suspek pula ditahan reman selama empat hari sehingga 29 Jun ini," katanya.




JENAYAH: Rakaman CCTV Suspek Pembunuhan Budak

Kecoh juga semalam dengan laporan penemuan mayat kanak-kanak perempuan Siti Soffea Emelda yang dibunuh dengan kepala terpisah dari badan di tebing Sungai Klang, berhampiran Jalan Hishammudin di Kuala Lumpur. Bagaimanapun sehingga post ini disiarkan, suspek kejam berkenaan masih belum dikesan dan dia dipercayai lemas apabila terjun dalam sungai berkenaan dalam cubaan untuk elak daripada ditangkap.
Berdasarkan bukti rakaman cctv di lokasi kejadian culik iaitu pusat beli belah Kota Raya, pihak polis sudah berjaya mendapatkan gambar suspek. Siasatan awal polis melaporkan suspek sebagai warga asing, namun setelah meneliti rakaman cctv berkenaan polis kini mempercayai suspek ialah warga tempatan yang baru dibebaskan dari penjara. Suspek dipercayai penagih dadah yang bekerja sebagai atendan tempat letak kereta berhampiran Kota Raya.
rakaman cctv budak 2 tahun diculik di kotaraya
Lebih mengejutkan, menerusi rakaman cctv itu, dapat dilihat dengan jelas suspek cuba melarikan Siti Soffea. Bagaimanapun seorang pengawal keselamatan hanya menyaksikan Siti Soffea diculik tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghalang suspek. Semasa insiden ini sedang berlaku di tingkat empat, seorang pengawal keselamatan menyaksikan suspek mendekati Siti Soffea, yang dilihat cuba bersembunyi di sebalik tiang. Bagaimanapun, suspek menangkap Siti Soffea dan membawanya keluar. Pengawal itu tidak melakukan apa-apa untuk menghalang suspek dari pergi bersama budak itu.
Siasatan awal polis juga mendapati ibunya, Siti Salmy, 32, seorang gelandangan dan tidak bekerja. Bapa Siti Soffea, menurut sumber, sedang dipenjarakan. Oleh itu, Siti Salmy dan anaknya berkeliaran sekitar Kuala Lumpur dan bergantung pada ihsan orang lain. Polis mendedahkan yang Siti Salmy memiliki tiga orang anak, namun dua lagi tinggal dengan saudara mara. Hanya Siti Soffea mengikut ibunya merayau sekitar bandaraya setiap hari.
Pada malam kejadian, dua orang warga Sabah melihat seorang lelaki mendukung Siti Soffea berjalan merentasi rumput panjang di tebing sungai. Dua saksi itu melihat suspek mencekik mangsa sambil menekannya ke atas tanah. Suspek kemudiannya mengambil sesuatu yang kelihatan seperti objek seramik dan menggunakannya untuk memukul mangsa.
Dua orang Sabah itu kemudiannya memberitahu kejadian itu kepada seorang polis bantuan di bangunan Public Bank berhampiran. Apabila menyedari dihampiri polis bantuan itu, suspek terjun ke Sungai Klang. Dua saksi itu kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis di Jalan Hang Tuah untuk menghasilkan fotofit suspek.
Apabila polis menemui mayat Siti Soffea di tebing Sungai Klang di belakang stesen komuter KTM Kuala Lumpur, berdekatan Jalan Tun Sambanthan, budak itu memakai seluar putih dan lampin pakai buang. Polis menemui sepasang sandal dipercayai milik suspek, sepasang sandal kanak-kanak, baju putih kanak-kanak, pengikat rambut dan serpihan seramik di tempat kejadian.
Asisten Komisioner Kanan Gan Kong Meng Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandar berkata polis menerima maklumat pada pukul 9.00 malam. Gan memberitahu yang Siti Salmy sedang melepak bersama rakan di Kota Raya pada pukul 3.00 petang apabila ke tandas. Dia meminta seorang rakannya mengawasi anaknya semasa di ke tandas. Apabila ibunya keluar dari tandas lima minit kemudian, anaknya telah hilang. Ibunya dan rakan cuba mencari mangsa sekitar pusat beli belah tersebut namun gagal menemuinya.
Polis mempercayai bahawa suspek telah cuba merogol mangsa dan memukulnya bila mangsa meronta. Mayat Siti Soffea telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat.
Laporan asal: The Malaysian Insider via AmazingNara