Ekoran tindakan pelawak terkenal yang juga pemilik Wirefame Entertainment Sdn Bhd, Zizan Razak membekukan akaun syarikat, kini timbul pula cerita bahawa artis-artis di bawah naungan syarikat terbabit yang merasai tempias berikutan konflik yang melibatkan Zizan bersama seorang lagi rakan kongsinya. 
 
"Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa, baru-baru ini. Sekarang baru sedikit demi sedikit saya dapat membantu keluarga hasil duit wang simpanan," ujar Johan yang berdepan beberapa masalah berikutan perkara ini.
 
Perkara yang sama turut dikongsi oleh seorang lagi artis, Kaka Azraff yang merasakan Zizan sepatutnya berbincang dengan artis serta pekerja syarikat tersebut sebelum membuat tindakan. 
 
Memetik laporan sebuah akhbar, kedua-dua artis ini juga bercadang untuk membuat laporan polis dalam masa terdekat.