Pengamal undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa Majlis
Peguam bertindak seperti biro guaman Pakatan Rakyat kerana sering
mengeluarkan kenyataan pro-pembangkang.
Oleh itu, beliau mencadangkan supaya Parlimen mengurangkan kuasa Majlis
Peguam dan meminda Akta Profesion Undang-undang untuk memastikan ia
tidak disalahguna.
“Mengehadkan kuasa badan Majlis Peguam ini penting bagi memastikan badan
tersebut lebih adil dan tidak hipokrit dalam membuat kenyataan
berhubung undang-undang di negara ini dan tidak hanya menyebelahi satu
pihak saja.
“Biarpun secara undang-undang Majlis Peguam mewakili lebih 14,500 peguam
yang ada di negara ini namun secara moralnya, mereka hanya mewakili
lebih 2,000 peguam, di mana itu merupakan jumlah peguam yang terlibat
dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam semenjak 10 tahun
yang lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian seperti dipetik dalam satu tulisan di laman umno-online.my.