Amerika disebalik tsunami Aceh terbongkar
Presiden Persaudaraan
Pekerja Muslim Indonesia (PPMI), DR Eggi Sudjana SH Msi menerangkan
bahawa bencana yang menimpa Aceh dan sekitarnya bukanlah gempa dan
gelombang tsunami yang semulajadi tetapi sebuah gelombang bom
termonuklear yang sengaja diletupkan di bawah laut.
Pendapat Eggi tersebut
dikemukakan kepada Wawasan dalam dialog seratus hari pemerintahan SBY,
di pejabat peguam Taufik SH di Solo. "Melalui pendapat dan analisa yang
dikemukakan pakar nuklear bebas dari Australia Joe Vialls, saya
bersetuju bahawa ada petunjuk kuat penglibatan Amerika dengan dua kapal
perangnya satu diantaranya bernama USS Abraham Lincoln, berada disebalik
tragedi itu," katanya.
Menurut Eggi sebelum
berlaku bencana, Amerika telah mengeluarkan travel warning kepada
rakyatnya agar tidak berkunjung ke Indonesia. Persoalan yang lain
mengapa kerajaan Indonesia membenarkan dua buah kapal induk masuk ke
perairan mereka.
"Ada lain penemuan
diragui, CNN selama ini memberitahu bahawa pusat gempa berlaku di pulau
We. Sementara yang berlaku gempa bumi tersebut adalah di bahagian pulau
Nias dengan kekuatan gempa hanya 5.4 skala richter. Namun yang berlaku
adalah sebuah gelombang susulan dengan kekuatan yang lebih dahsyat.
Ironinya, syarikat AS Exxon yang ada di sana musnah akibat bencana itu.
Sehingga ada menganggap ada senjata pemusnah besar-besaran yang
diarahkan ke sana, "jelasnya.
Selepas kejadian itu,
tentera AS yang berada di kapal induk USS Abraham Lincoln yang berjumlah
15600 anggota dikerah untuk misi menyelamat. Sementara Kopassus dan
Pasukan Reaksi Cepat (PRC) Indonesia yang berfungsi sebagai unit bencana
sama sekali tidak diturunkan. Sementara India, Sri Lanka dan Thailand
menolak kehadiran tentera asing itu. Televisyen Al Jazeera pernah
menyiarkan bahawa bencana di Aceh bukanlah akibat gelombang tsunami.
Akan tetapi sebuah bom helium.
"Kami mengesyaki India
memang sudah tahu akan adanya bencana itu. Kerana negara itu mempunyai
pencatat gempa bumi di mana ianya boleh membezakan antara gempa sebenar
dan mana gempa buatan. Di India di Tamil Nadu, merupakan pusat nuklear
yang telah diketahui dari dulu."
Menurut Eggi, Joe Vialls
tahu senjata termonuklear yang diletupkan di bawah laut akan
menimbulkan gelombang dahsyat. Jika tsunami, ketinggian gelombang
maksimum tidak akan mencapai seperti yang berlaku di Aceh. "Sejarah juga
mencatat, sejarah tsunami tidak memberi kesan terbakar pada mangsa
akibat air. Namun tiga orang nelayan Aceh ditemui terbakar dengan tubuh
penuh dengan minyak."
Eggi memberitahu, AS
ingin mewujudkan pangkalan ketenteraan di Aceh. Hal itu dikuatkan dengan
tindakan cepat tentera Amerika menghulurkan bantuan di sana. Aceh juga
akan dijadikan rangkaian pasaran bebas perdagangan AS. "Dalam kontek
ini, SBY lemah, perisikan kita juga lemah dan juga TNI," jelasnya.
Sumber: Detik Islam