Jaringan pada minit-minit terakhir permainan - berikutan kesilapan Marquez yang menjatuhkan Robben dalam kotak penalti - memberikan Belanda sepakan penalti, sekali gus menang 2-1 ke atas Mexico dan layak ke suku akhir.
“Saya juga percaya ia bukan penalti. Saya menyentuh tanah dan tidak sentuh dia, mungkin dia yang menyentuh saya,” tambah Marquez.
Dia berkata, Robben, 30, mempunyai kerjaya cemerlang, tetapi sudah menyalahgunakan semangat permainan.
“Untuk 10 kesalahan yang dia terima, dia sengaja menjatuhkan badan lebih lima kali dan itu permainan yang tidak adil,” kata Marquez.
“Malangnya dalam Piala Dunia ini ia bukan hanya sekali atau dua kali perkara seperti itu sudah menjejaskan kita, tetapi saya tidak mahu membuat alasan,” katanya. - Agensi