Showing posts with label Robben. Show all posts
Showing posts with label Robben. Show all posts

Robben Jatuhkan Badan Untuk Dapatkan Penalti Belanda






Foto REAKSI pemain pertahanan Mexico, Rafael Marquez selepas Robben Arjen dijatuhkan dalam kotak penalti minit-minit terakhir perlawanan pusingan kedua. Gambar kecil menunjukkan sentuhan Marquez ke atas Arjen Robben. - Foto AFP
FORTALEZA: Kapten Mexico, Rafael Marquez berkata Arjen Robben mengakui kepadanya Belanda tidak seharusnya diberikan sepakan penalti pada perlawanan pusingan kedua membabitkan kedua-dua pasukan itu, awal pagi tadi.

Jaringan pada minit-minit terakhir permainan - berikutan kesilapan Marquez yang menjatuhkan Robben dalam kotak penalti - memberikan Belanda sepakan penalti, sekali gus menang 2-1 ke atas Mexico dan layak ke suku akhir.
“Ia bukan penalti” kata Robben kepada saya selepas tamat perlawanan itu,” kata Marquez apabila ditemubual oleh kumpulan wartawan sejurus selepas perlawanan.

“Saya juga percaya ia bukan penalti. Saya menyentuh tanah dan tidak sentuh dia, mungkin dia yang menyentuh saya,” tambah Marquez.

Dia berkata, Robben, 30, mempunyai kerjaya cemerlang, tetapi sudah menyalahgunakan semangat permainan.

“Untuk 10 kesalahan yang dia terima, dia sengaja menjatuhkan badan lebih lima kali dan itu permainan yang tidak adil,” kata Marquez.

“Malangnya dalam Piala Dunia ini ia bukan hanya sekali atau dua kali perkara seperti itu sudah menjejaskan kita, tetapi saya tidak mahu membuat alasan,” katanya. - Agensi



Belanda Layak Suku Akhir Piala Dunia Tewaskan Mexico Taktik Kotor






Foto PENJAGA gol Mexico, Guillermo Ochoa bersiap sedia mengekang rembatan Klaas-Jan Huntelaar pada aksi Piala Dunia di Estadio Castelao, Fortaleza, Brazil, awal pagi ini. - Foto AP
FORTALEZA: Belanda menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk bangkit menewaskan Mexico 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua yang penuh dramatik untuk layak ke suku akhir di Stadium Estadio Castelao, sebentar tadi.

Satu gol masing-masing daripada rembatan padu Wesley Sneijder pada minit ke-88 dan sepakan penalti oleh pemain gantian, Klaas-Jan Huntelaar (minit ke-90) mengikis gol pendahuluan daripada Giovani Dos Santos (minit ke-48) dengan Mexico satu ketika tampak akan layak termasuk ketangkasan penjaga gol, Guillermo Ochoa yang beberapa kali menafikan peluang jaguh Eropah itu.